Perjalanan hari ketiga diteruskan..lokasi utama ialah Underwaterworld Langkawi.....Aku pernah ke sini 16 tahun dahulu semasa membuat kajian sejarah kg Ulu Melaka Langkawi...Aku memang suka tempat ni sebab masa tu aquaria klcc tak de lagi....UndewaterWorld ni lah tempar nak melihat haiwan laut yang pelik-pelik...memang best..aku amat tertarik dengan kuda laut dan penguin..rasenya kat sini je ada penguin..tempat lain tak de termasuklah Aquaria KLCC.
Satu lagi yang menarik di sini ialah kompleks bebas cukai kat sini yang menawarkan harga yang sedikit rendah daripada tempat lain terutamanya perfume dan cokelat. UnderwaterWorld ni terletak di pantai Cenang....Suasana dulu dengan sekarang sangat jauh berbeza...Kalau dahulu hanya ada beberapa bangunan di sepanjang pantai cenang termasuklah bangunan UnderwaterWorld..
Kini masyallah banyaknya deretan kedai, hotel,restoran,spa dan segala mak nenek benda ada kat sini...Seingat aku dulu pantai cenang ni agak kotor sedikit dan tak de orang yang mandi...tetapi kini pantai cenang menjadi destinasi utama bagi mereka yang nak mandi di pantai...Pada pandangan aku Pantai Tg. Rhu lebih best untuk mandi disebabkan airnya yang sangat bersih dan jernih..
Sebelum ke UnderwaterWorld aku singgah di Porto Malai untuk nengok kapal-kapal berlabuh...ternyata hampa satu kapal pun tak da...Namun pemandangan di Porto Malai cantik..Berbalik ke UnderwaterWorld tadi...koleksi yang paling menarik minat aku tetap juga penguin...kuda laut dan belut yang masuk celah-celah batu serta obor-obor yang berlatar belakangkan warna biru.....Lama jugek kami disini.....Selepas itu perjalanan diteruskan ke Beras terbakar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan