Pagi-pagi lagi emak sedara aku yang sorang ni dah keluar rumah mencari rezeki bersama suaminya....maklum le anak-anak masih kecil..mulut-mulut kecil ini perlu disuapkan nasi... Kehidupan emak sedara aku ni tidaklah berapa senang...melihatkan rumahnya sahaja kita sudah dapat mengagak akan kesusahan hidupnya....rumah kayu usang yang berlubang di sana sini melatari bahagian dalam rumahnya.....ada bahagian yang cahaya matahari menembusi masuk melalui lubang-lubang yang entah bila terbentuk di dinding dan atapnya.....
Tetapi cerita tersebut adalah cerita 20 tahun dahulu...kini rumahnya dah cantik, selesa dan amat bersih.....Sikapnya masih sama macam dulu periang dan jarang susah hati.....Setiap kali berjumpa dengannya ada sahaja cerita yang mencuit hati. Namun sesekali dia menitiskan air mata setiap kali bercerita tentang arwah emak aku....part ini yang aku tak boleh tahan.....Setiap kali melihat adik aku dia mesti akan berkata "Ya Allah ada ropa arwah diah (emak aku)"...bisik dia kepada aku sambil mengesat air matanya...
Kita tinggalkan yang touching-touching ni sebab ada cerita yang amat menggelikan hati aku yang diceritakan oleh emak sedara aku.....Kita balik ke 20 tahun dulu...Dia mempunyai empat anak lelaki dan seorang anak perempuan...biasa le bila ramai anak lelaki...sepak,terajang, bergumpal dan bergaduh adalah perkara biasa....Setiap kali keluar mencari rezki anak-anak ditinggalkan dalam keadaan masih tertidur dengan nyenyak...biasa le kanak-kanak....
Pada suatu hari Semasa pulang mencari rezeki dan semasa melalui kawasn rumah jiran tiba-tiba jiran memekik ke arah emak sedara aku...."Ya Allah timah apa he rumah kamu nampak sampe ke dalam".... Emak sedara aku agak tercengang dan mula berasa cua dan mula terfikirkan tentang anak-anaknya...Namun apabila dilihat ke arah rumahnya nyata kelihatan kelambu yang masih bergantungan...bante yang berterabur dan kedaan yang bersepah-sepah.....
Apabila di siasat ternyata inilah penangan anak lelaki yang empat orang...semasa dema bergumpe tak sedor ada yang tertendang dinding...lekang habih semua dinding....Maklum le dinding rumahnya pun agak uzur.....Nasib baik lekang dinding je...buatnya runtuh rumah tak haru ke.....he he.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan