Banyak produk menurunkan berat badan yang terdapat di pasaran.....Iklan di suratkhabar juga tidak kurang hebatnya apabila memaparkan testimoni mereka yang dahulunya gemuk telah menjadi kurus....Olah kerana aku juga tergolong dalam golongan 3G aku juga kerap dipromosikan produk penurunan berat badan. Bukan aku tak percaya dengan produk-produk tersebut..Tetapi masalahnya.........
Kebanyakan syarat sampingan produk yang ditawarkan masih lagi perlu mengawal pemakanan...tak boleh makan itu..makan ini....hanya makan makanan ikut kalori tertentu....ada yang menwarakan diet hanya makan benda-benda protein dan macam-macam lagi.....Pada aku la kalau kita boleh kontrol makan makan sudah pasti lah berat badan kita akan turun...Masalah utamanya ialah kerana kita tak boleh kontrol pemakanan...
Semasa mengambil produk pelansingan memang kita jaga pemakanan..sebab masa tu semangat masih berkobar-kobar semangat baru dan galakan daripada orang yang menjual produk sanagt kuat pada ketika itu....Namun menurut pengalaman aku sendiri semangat tersebut hanya bertahan selama beberapa minggu....Selepas itu kita kembali kepada tabiat asal dan berat badan yang turun sedikit akan naik berganda selepas itu...
Contohnya peserta-peserta Biggers loser ramai yang meingkat kembali berat selepas tempoh masa tertentu.....Sebenarnya tanpa produk pun kita boleh menurunkan berat badan asalkan ada 2 syarat utama... 1. Kontrol kalori pemakanan 2. Exercise dan satu lagi syarat tambahan ialah dapatkan nasihat dariapada mereka yang pernah gemuk dan kini telah kurus dan terus kekal kurus.....
Sebenarnya aku pernah jumpa mereka yang dahulunya sangat gemuk dan kini kurus....Rata-ratanya Nasihat mereka tak payah guna apa-apa produk...hanya kontrol makan dan exercise yang berterusan...bukan hangat-hangat tahi ayam.....Masalah utamanya ialah mereka yang menjadi penjual pun tak pernah gemuk..slim-slim semuanya...macam mana kita nak terima nasihat mereka...ibarat nak belajar repair kereta tetapi kita belajar daripada mereka yang buat keropok lekor...kan jauh sangat tu...
Ibarat kata mentor aku yang kini semakin drop berat badannnya ,,,Balajar dari mereka yang pakar..dalam kes menurunkan berat badan belajarlah dari mereka yang pernah gemuk dan akhirnya slim dan terus mengekalkan keslimannya....Renung-renungkan dan selamat beramal....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan