Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 4 September 2010

Tart Nenas AzliFood

Gambar 1
Gambar 2


Gambar 3

Perubahan kecil membawa makna besar 4


Menjelang musim perayaan yang bakal menjelma kuih dan biskut raya mula mendapat perhatian pembeli. Ada pelbagai kuih dan biskut yang dijual di pasaran. Kepelbagaian warna, rasa dan bentuk menjadikan setiap satunya mempunyai penggemar masing-masing.


Antara biskut raya yang menarik minat aku ialah Tart Nenas. Saban tahun tart nenas pasti akan menjadi menu wajib yang mesti aku dibeli. Oleh kerana kuih tersebut tidak boleh di rasa disebabkan bulan Ramadan dan juga disebabkan bekasnya yang di lekatkan dengan pita pelekat yang sangat rapi maka pembeliannya hanya berdasarkan penilaian gerak rasa, keadaan pembukusan dan warna serta bentuk yang menarik.

Disinilah pembungkusan, hiasan bekas dan persembahan bekas tart nenas memainkan peranan yang sangat penting. Umpamanya kalau anda diberi pilihan untuk memilih tart nenas di atas, agak-agaknya tart nenas mana yang menarik minat pembaca blog utuk membelinya. Gambar satu,gambar dua atau gambar tiga.

Rasanya sudah pasti anda semua tertarik dengan tart nenas dalam gambar dua dan gambar tiga. Untuk makluman pembaca blog tart nenas di dalam gambar kedua dan ketiga dikeluarkan oleh syarikat Azlifood. Syarikat ini diusahakan oleh seorang usahawan muda yang hanya menumpukan perniagaannya terhadap industri penjualan kuih tradisional. Setiap produknya dihasilkan daripada dapurnya sendiri yang beroperasi bangunan rumah kedai.


Dia merupakan seorang usahawan muda yang sedang meningkat naik. Setiap tahun ada sahaja idea kreatifnya bagi memberi nilai tambah kepada produk kuih dan biskut tradisional yang dipasarkan oleh syarikatnya. Apa yang membanggakan dia adalah rakan sekampung aku dan perniagaannya juga bertapak di kampung aku.

Sebelum ini beliau telah memberi sentuhan kreatif kepada kuih bakar. Kalau dahulu kuih bakarnya hanya dijual di dalam bekas plastik lut sinar. Tetapi kini kuih bakar syarikatnya telah diletakkan di dalam sebuah kotak yang mempunyai dekorasi yang sangat cantik. Ternyata idea ini berjaya menjadikan kuih bakarnya begitu eksklusif, unik dan lain dari yang lain. Permintaan kuih bakar terus melonjak sama ada pada musim perayaan atau di luar musim perayaan.

Kini dia memberikan sentuhan kreatif dan nilai tambah kepada tart nenasnya. sebelum ini tart nenasnya dijual dalam bekas plastik lut sinat tanpa label yang cantik. Kemudian tart nenasnya di upgradekan dengan label gambar yang hidup dan cantik (gambar 2) .


Seterunya evolusi tart nenasnya terus berkembang apabila tart nenas dalam bekas plastik lut sinar berlabel dan bergambar cantik diletakkan di dalam kotak bertangkai yang cantik (gambar 3). Perubahan dan sentuhan kreatif ini telah melonjakkan volum jualannya berbanding tahun sebelumnya.

Sekali lagi perubahan kecil telah membawa makna yang sangat besar dan aku amat-amat yakin pada masa akan datang Azli Food akan dapat memasarkan tart nenas bukan sahaja di musim perayaan tetapi juga diluar musim perayaan sperti mana dia berjaya memasarkan kuih bakarnya sebelum ini.

Dengan kotak bertangkai yang amat cantik serta dihiasi gambar tart nenas yang segar dan hidup pasti setiap bakal pembeli akan jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap tart nenas keluaran Azli Food. Tart nenas ini boleh dijadikan ole-ole buah tangan dan hantaran kenduri kahwin seperti yang berlaku sebelum ini kepada kuih bakar dan kuih bahulu keluaran oleh syarikatnya.


Aku juga sedang berkira-kira untuk memasarkan produk AzliFood ini melalui internet. Tunggu kehadirannya.... Selain itu juga aku hendak memberikan kredit kepada produk-produk keluaran syarikat AzliFood. Disamping mempunyai pembukusan yang cantik semua produk AzliFood sangat enak rasanya. Sebelum raya sahaja sudah 2 kotak Tart Nenas Azlifood selesai di tangan kami sekeluarga...... Kalau anda Nak rasa tunggu kehadirannya di persada Internet.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...