Baru-baru aku ke Trengganu menghadiri majlis perkahwinan anak bapa saudara aku yang tinggal di Dungun...Mulanya agak keberatan juga aku nak ke sana. Memandangkan condition kereta yang tak berapa ok... Namun memikirkan yang ayah aku terpaksa berkereta sendirian sekiranya aku tak pergi ke sana....maka tak sampe hati pulak rasanya...Dengan penuh tawakal dan doa maka aku kuatkan juga semangat untuk ke Trengganu...
Aku amat bersyukur kerana kereta aku ok dan tak meragam sepanjang perjalanan pergi dan perjalanan balik. Namun akhirnya kereta aku meragam juga semasa aku hendak pergi ke sekolah pada keesokan harinya setelah pulang dari Trengganu....Aku amat bersyukur kepada tuhan kerana kereta aku meragam di hadapan rumah...cuma anda bayangkan kalau kereta tersebut meragam sama ada dalam perjalanan pergi atau perjalanan pulang...Tak boleh nak bayangkan bro...?
Memandangkan dah lama aku tak ke Trengganu...terasa perjalanannya amat jauh...beberapa kali isi minyak namun masih tak sampai....berjanggut rasanya.....Setelah sampai di Dungun jam menunjukkan pukul 12.30 malam... perut terasa amat lapar... kami memang tak berhenti untuk makan memandangkan nak kejar masa.... Setelah makan di sebuah kedai yang bernama One Pattaya di pekan Dungun...kami dibawa bapa saudara pada pukul 2.30 pagi ke sebuah rumah tempat kami menginap sementara menunggu keesokan harinya....
Keesokan harinya pagi-pagi aku dah keluar ke pekan Dungun untuk mencari keropok lekor dan Nasi Dagang...Pusing punya pusing akhirnya jumpa pasar besar Dungun...Jenuh cari keropok lekor .. tak de... yang ada hanyalah nasi dagang....memang sedap nasi dagangnya....Sedap pulak rasa ikan tongkolnya...Selalunya kalau makan nasi dagang aku jarang makan ikan tongkol...tetapi nasi dagang Dungun ni habis semuanya aku makan... he he....
Setelah itu aku dan seluruh ahli keluarga berjumlah enam kereta (entah dari mana datang kaum keluarga yang lain...bangkit pagi dah ada enam kereta) bergerak ke rumah majlis perkahwinan tersebut.... Kesedapan nasi Dagang masih terbayang diruang mata.... he he.... Setelah selesai menjamu selera masing-masing bersiap untuk ke destinasi seterusnya......Bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan