Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 21 Ogos 2010

Merhocon Tarik antara kenangan terindah


Antara mercun-mercun yang pernah aku main semasa zaman kanak-kanak ialah mercun katak, mercun ular, mercun tarik dan mercun roket. Nostalgia terhadap mercun-mercun ini masih terpahat dalam ingatan. Namun ada mercun yang sudah pupus seperti mercun katak dan mercun ular. Ada yang masih meneruskan legasinya seperti mercun roket yang kini terdapat dalam pelbagai variasi dan saiz serta daya impaknya.

Antara mercun yang paling mudah dimainkan ialah mercun tarik. Semasa zaman kanak-kanak kerap juga mercun ini di bawa ke sekolah. Mercun ini amat berkesan dugunakan untuk mengenakan orang dan membuat mereka yang menjadi mangsa terkejut yang tidak terhingga sehingga meningkatkan tahap adrenalinnya.

Antara kaedah yang biasa digunakan ialah mengikat hujung benang mercun tarik di kaki bangku dan hujung yang satu lagi diikat dikaki meja. Apabila mereka yang jadi mangsa menarik kerusi akan terdengarlah bunyi letupan yang bisa meluruhkan jantung. Kadang-kadang mercun tarik ini diikat pada pintu tandas. Setiap kali membuka pintu tandas pasti ada yang akan terkejut besar.

Menjadi mangsa atau pemangsa kedua-duanya aku pernah rasa. Apabila menjadi mangsa tuhan sahajalah tahu betapa terkejutnya setiap kali letupan mercun tarik meledak. Serentak dengan itu juga hati berasa sakit yang teramat sangat. Apatah lagi apabila ditertawakan beramai-ramai. Yang menjadi masalah kita tidak tahu ke mana kemarahan itu hendak dihalakan memandangkan kita tak tahu sipa yang memasang perangkap tersebut.

Apabila menjadi pemangsa, hati kita akan berasa puas dan gembira tidak terhingga apabila melihat kawan-kawan sekelas menjadi mangsa. Yang paling aku marah apabila mercun tarik itu diikatkan di antara kasut kiri dan kanan. Selalunya setiap kali masuk pusat sumber atau surau kasut akan diletakkan diluar pusat sumber atau surau. Semasa semua pelajar berada di dalam surau atau pusat sumber ada segelintir pelajar yang nakal yang menjalan kan operasi rahsia mereka iaitu mengikatkan satu hujung benang di kasut kanan dan satu hujung benang lagi di kasut kiri.

Selalulunya apabila keluar dari surau atau pusat sumber pelajar-pelajar akan berebut-rebut hendak memakai kasut. Akibatnya akan kedengaran beberapa siri letupan yang akan menyebabkan pelajar perempuan yang akan melompat, melatah malah ada yang mencarut dan menyumpah seranah. Pemangsa akan ketawa riang. Yang menjadi mangsa tuhan sahaja yang mengetahui perasaan mereka.

Kadang perkara yang sama juga berlaku di masjid. Yang tak tahannya apabila ada orang dewasa yang menjadi mangsa. Apa lagi jenuh le budak-budak kena marah. Yang lebih kreatif akan mengikatkan mercun pada jejari motosikal. Anda boleh bayangkan apa yang akan terjadi. Mahu melompat motor yang di bawa oleh pakcik-pakcik yang sekarang semuanya sudah bertaraf atuk-atuk.

Begitulah penagannya mercun tarik. Teknologinya simple tetapi sangat berkesan..... Bestkan zaman kanak-kanak...

2 ulasan:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...