Daripada orang biasa, untuk orang biasa. Pesan orang biasa "Biasa-biasakanlah yang biasa"
Nuffnang
Pengikut
Isnin, 30 Ogos 2010
Sabtu, 28 Ogos 2010
Perubahan kecil membawa makna besar 1
Lemang merupakan makanan tradisi yang digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia. Warga asing juga sudah mula mengenali dan menggemari lemang. Kesedapannya akan lebih terserlah apabila di makan bersama rendang. Perghhhhhhhh..... memang sedap.Aku memang salah seorang pengemar tegar lemang. Kalau berkunjung ke rumah saudara-mara semasa musim perayaan lemang merupakan juadah pertama yang akan aku rasa. Pendek kata tak de kuih lain pun tak pe janji ada lemang.
Menghampiri musim perayaan maka akan banyaklah gerai-gerai dikiri dan kanan jalan yang menjual lemang. Satu soalan daripada saya gerai lemang manakah yang menjadi pilihan anda?. Kalau ada dua gerai menjual lemang. Gerai pertama meletakkan singbord bertulis LEMANG dan gerai yang satu lagi meletakkan Sigboard LEMANG PANAS. Yang manakah menjadi pilihan anda?.
Sudah pasti jawapannya anda akan singgah di gerai yang ada singboard LEMANG PANAS. Walaupun sebenarnya gerai yang menjual LEMANG PANAS itu sebenarnya bukan nmenjual lemang yang dimasak disitu dan lemangnya hanya disandarkan di palang besi pembakar lemang dan diletakkan bara api dibawahnya bagi menarik atau boleh juga dikatakan bagi mengelirukan pelanggan.
Sebenarnya inilah strategi marketing. Apabila terlihat perkataan PANAS minda pembeli sudah mula membayangkan batapa lazatnya lemang yang di makan panas-panas. Minda juga membayangkan betapa freshnya lemang tersebut. Mungkin juga minda pembeli dapat membayangkan kelazatan lemang yang di makan dengan rendang. Secara autiomatik minda pembeli terus dihubungkaitkan dengan pengalaman lalu makan lemang yang masih panas.
Ini yang aku maksudkan sedikit sahaja perubahan yang dilakukan tetapi membawa makna yang sangat besar. Insyallah aku akan meneruskan siri Perubahan Kecil membawa makna yang besar pada entry yang akan datang.
Khamis, 26 Ogos 2010
Buah Tembikai vs Badak Berendam : Law of Attraction
Sedang aku meronda-ronda di pekan Sungkai tiba-tiba aku ternampak buah tembikai yang sangat menyelerakan. Memang aku teringin sangat dengan buah tembikai tersebut. Aku sudah dapat membayangkan kesedapan buah tembikai tersebut apabila di kunyah perlahan-lahan. Airnya akan memercik keluar dan memenuhi mulut.Rabu, 25 Ogos 2010
Ada kuasa dalam Matlamat hidup

Isnin, 23 Ogos 2010
Suicided
