Nuffnang

Pengikut

Isnin, 26 Oktober 2009

MENGAPA DIKENANG MENGAPA DIFIKIR - Herman Tino


Cerita 19 Top 60

Apa perasaan anda apabila hendak meninggalkan zaman sekolah rendah? Sedih, gembira ataupun sayu.Semasa aku nak meninggalkan zaman sekolah rendah atau lebih tepatnya semasa aku berada dalam darjah enam memang aku tak pernah terfikir tentang perasaan itu.


Pada masa itu darjah enam ini merupakan zaman honey moon. Pergi sekolah pun sekadar hendak memenuhi masa lapang.Tambahan pula pada masa itu peperiksaan utama iaitu pepriksaan penilaian darjah lima diadakan semasa darjah lima. Datang sekolah memang untuk berseronok-seronok sebab tak de fikir tentang belajar.


Datang sekolah sebab nak jumpa kawan-kawan dan main sepuas-puasnya. Cikgu tak berapa kisah sangat sebab dah kami semua dah habis periksa periksa awam yang utama semasa darjah lima.


Memang tidak terfikir dibenakku betapa sedihnya untuk meninggalkan zaman sekolah rendah. Tidak pernah terfikir bagaimana sedihnya berpisah dengan kawan-kawan baik dan yang mungkin paling tidak boleh dilupakan ialah kita takkan dapat merasa lagi suasana sekolah rendah buat selama-lamanya.

Pada peringkat awal memang aku tak terfikir perkara tersebut dan sedikit pun tidak terasa kesayuaannya. Namun perasaan sayu ini timbul semasa aku menyertai rombongan sekolah ke Melaka . Aku ingat lagi yang menganjurkan rombongan tersebuat ialah Cikgu Jaffar bin Kamarudin dan Cikgu Rabitah (bukan orang lain sedara aku jugak).


Kalau tak silap aku rombongan itu diadakan seminggu sebelum cuti sekolah penggal ketiga. Maknanya seminggu sebelum aku mengakhiri zaman persekolahan sekolah rendah aku buat selama-lamanya.


Semasa hendak balik dari Melaka tu kami singgah di sebuah kedai makan. Aku dah lupa kat mana. Kalau tak silap aku semasa kami berhenti untuk menjamu selera itu jam menunujukkan tepat pukul 11.00 malam.TV1 pada ketika itu sedang menayangkan program hiburan. Herman Tino sedang mendendangkan lagu hitnya Mengapa lah di kenang Mengapa lah difikir.


Apabla aku dengor je lagu tu timbul satu rasa kesayuan yang amat mendalam di hati ini. Masa tu baru aku terfikir yang aku ni akan meinggalkan sekolah rendah, dan akan berpisah ngan kawan dan takkan merasa lagi suasana sekolah rendah buat selama-lamaya.

Perasaan itu datang dari lubuk hati yang terdalam menyebabkan aku rasa sebak nak menangis. Yang aku heran mengapa sebelum ini aku tak pernah ada perasaan itu. Tiba-tiba apabila dengor lagu Kang Herman Tino perasaan bertukar sayu yang amat sangat. Sampai di rumah aku masih merasa sayu dan sedih. Sampai hari ni pun perasaan itu terbawa-bawa dalam lipatan sejarah hidup aku.

Peristiwa tu masih melekat dalam ingatan aku dan takkan aku lupakan sampai bila-bila. Semasa tengah menaip ini pun kesayuan itu datang balik sebab aku rasa aku belum puas menikmati zaman itu dan ada perkara yang belum dapat aku lakukan dan terlepas untuk aku lakukannya

Kalau ada lah mesin merentas masa ingin rasanya aku balik ke zaman itu dan akan aku nikmati dan hayati sepuas-puasnya sekolah rendah. Aku nak buat macam-macam perkara yang aku tak dapat buat pada waktu itu. Aku nak tengok balik muka arwah Cikgu Abas dan Cikgu Jaafar zaman muda.


Aku nak tengok side burns panjang dan seluor beggy Cikgu Abass. Nak rasa balik bahang kegarangan Cikgu Jaafar.Dan nak rasa juga keenakan cucur bawang yang diletakkah kuah kacang diatasnya kat kantin serta saat-saat menunggu makanan RMT yang lebih. Wow bestnya.


Aku juga hendak rasa suasana bermain bola dengan kawan-kawan di padang sekolah waktu PJ dan waktu petang. Aku juga hendak merasa semuala suasana kelas tambahan pada waktu malam dengan cikgu Abas. Dan kalau boleh aku juga nak menyertai sekali lagi rombongan ke Melaka anjuran Cikgu Jaafar.


Mungkin itu semua fantasi dan angan yang bermain dalam fikiran. Apa-apa pun lagu Herman Tino tu lah yang mencetuskan semua nostalgia ini. Menjadi kenangan yang tak bisa ku lenyapkan. Kenangan iu juga menjadi antara memory indah dalam hidup ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...