Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 16 Januari 2009

orang-orang cap mata

Wind of change yang dilaungkan hanyalah retorik. Perkataan yang terpacul daripada mulut mereka hanyalah bombastik dan bolehlah dikatakan banyak kerja-kerja yang dilakukan hanya kerja plastik. Semasa PRU yang lepas oleh kerana kita semua tak setuju dengan calon daripada puak sammy diletakkan disitu kitapun bagi laluan kepada orang cap mata untuk menang. Keris lama langsung tak buka bilik gerakan pun di kawasan itu. Bila menang kita harap ada lah sesuatu yang boleh disumbangkan. Rupa-rupanya sama jugak mencari keuntungan perut dan bawah perut. Yang bestnya tu dia ni dibela oleh orang berpengaruh keturunan puak sammy. Yang tak bestnya tu kerap kali orang jumpa di puncak Genting. Selalu sangat ada kat situ. Mungkin di bawah ni panas tak sesuai nak bincang strategi politik. Beberapa purnama selepas itu keluarlah dia dengan dua orang kawan cap mata dalam tv dikatakan melakukan tumbuk rusuk. Masa mula-mula kena tangkap muka risau dan ngelabah habis. Bila dah ada peguam yang bela baru la boleh ngepak dada.
Bila diminta komen dia kata ini berpunca merupakan perangkap yang sengaja dipasang oleh orang keris lama tak bersarung.Kalau dikaitkan dengan kisah di genting dan tumbuk rusuk tu macam ada keserasiannya dan kesynchronizannya. Wallah hu allam.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...