
Daripada orang biasa, untuk orang biasa. Pesan orang biasa "Biasa-biasakanlah yang biasa"
Nuffnang
Pengikut
Sabtu, 30 Oktober 2010
ALPHA : Terima kasih Tuhan

Isnin, 25 Oktober 2010
Mencari kelazatan cinta al-Fatttah dalam Zikrullah

Sabtu, 23 Oktober 2010
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 23.10.2010
Khamis, 21 Oktober 2010
Hati sesejuk salju

"Hak eleh engkau apa Hal"
"Hek elek enkau apa hal" ini tag line baru kat sekolah aku yang diperkenalkan oleh Markonah. Aku sendiri pun dah tersampuk dengan tag line ini. Sama ada Markonah diusik orang atau Markonah mengusik orang inilah yang akan keluar dari mulutnya. Sampaikan pelajar kat kelas Markonah semuanya dah hafal Tag line tersebut. Apabila keluar je perkataan "Hek eleh" yang lain akan menyambut "engkau apa hal".Ahad, 17 Oktober 2010
Pesta Konvo UPSI dan Kelantan Fried Chicken+ Ais Lemon Asam Boi
Hari ni merupakan hari kedua aku ke UPSI untuk merasai kehangatan Pesta Konvo UPSI. Semalam aku singgah di Pesta Konvo tersebut pada pukul 11.30 malam. Banyak kedai yang hampir tutup. Aku tak berapa puas hati kerana kehadiran aku semalam hanya membawa anak lelaki nombor satu aku.Sabtu, 16 Oktober 2010
Taman Cempaka @ TC

Jumaat, 15 Oktober 2010
ESQ Parenting
"Susahnya jadi budak kecik..." "Susahnya jadi budak kecik..." antara lagu yang sangat mengesankan jiwa yang dipersembahkan oleh Dr. Ary dan para ATS dalam seminar Parenting ESQ baru-baru ini. Lagu ini memberi impak yang sangat besar kepada aku untuk melihat dunia kanak-kanak dari kaca mata kanak-kanak itu sendiri.Selasa, 12 Oktober 2010
ESQ PARENTING Feel The Expirience, Get A Meaningful Life

Sabtu, 9 Oktober 2010
The Power of NLP
Bahasa mulut boleh menipu tetapi bahasa badan tidak akan akan boleh mebohongi kita. Teringat bait-bait lagu daripada Crisye yang bertajuk ketika tangan dan kaki berbicara "Akan datang hari, mulut dikunci, kata tak ada lagi" "Akan tiba masa tak ada suara dari mulut kita" "Berkata tangan kita tentang apa yang dilakukan" "Berkata kaki kita ke mana saja dia melangkahnya".Khamis, 7 Oktober 2010
Dunia Markonah

Tugas ritun berjalan seperti biasa walaupun agak sedikit kepenatan. Namun demi mendidik anak bangsa digagahkan juga kaki yang longlai untuk mengajar anak-anak didik yang sentiasa mengharapkan ilmu yang terbaik daripada gurunya.
Seperti biasa kelas hujung aku memang sentiasa meriah. Kehadiran markonah menjadikan kelas ni meriah semeriah-meriahnya. Kadang-kadang kalau markonah tak datang sunyi jugek kelas ni. Silibus semakin tiba ke penghujungnya. Peperiksaan akhir tahun juga semakin hampir.
Seperti biasa juga sebelum masuk ke kelas ini aku kena berada dalam mood ceria. Cerita-cerita jenaka dan lakonan serta idea spontan aku banyak menghidupkan mood di kelas ini. Kalau tidak memang tidor le jawabnya. Mungkin dengan cikgu-cikgunya pun lebuh..
Yang bestnya si Markonah ni akan percaya bulat-bulat setiap apa yang aku perkatakan. Mulutnya akan sentiasa ternganga mendebgar aku bercerita. Walaupun sebenarnya perkara yang aku cerita itu langsung tak logik dan banyak unsur tokok tambah. Umpamanya semasa aku mengajar subjek sejarah tentang tajuk negeri Sarawak.
Aku menrenagkan kepada pelajar-pelajar ini bahawa lebih 40,000 tahuan dulu Gua Niah menjadi tempat tinggal manusia awal di Sarawak. Untuk menambah perisa aku pun menambah sedikit fakta mengarut. Aku menambah lagi "disinilah mereka menonton astro, bermain facebook bersama-sama dan bermain online game".Suasana disini sangat hebat dan meriah.
Pelajar-pelajar lain dah mula ketawa apabila menyedari apa yang aku tambah itu hanya tokok tambah yang mengarut. Namun tidak bagi Markonah, dengan muka serius dia terus menyampuk di tambah denga rasa penuh kekaguman "oiii best le deme cikgu ada astro ye..." . Serentak dengan itu juga pelajar-pelajar lain juga ketawa dengan lebih kuat.Itu cerita Markonah 3 hari lepas.
Hari ini lagi best. Markonah antara pelajar yang belum membayar yuran sekolah. Aku bagi tahu kat dia kalau tak bayar Yuran nanti polis akan tangkap dan masukkan dalam penjara. Yang bestnya tu Markonah melontarkan soalan seolah-olah tak puas hati"Takkan saya sorang kena tangkap cikgu, patutnya deme tangkap le ayah sekali". Slepas itu Markonah bertanya lagi "selain kena penjara kena apa lagi cikgu". Aku terus menjawab menjawab denda rotan dan....