Daripada orang biasa, untuk orang biasa. Pesan orang biasa "Biasa-biasakanlah yang biasa"
Nuffnang
Pengikut
Sabtu, 28 Februari 2009
Dari panggung Annivesary
TEPUK MEJA

Kalau dengor dia cerita ternganga mulut dibuatnya. Bunyi robot Kapten Future yang aku tak tahan tu sebijik macam dalam TV. Yob Salihin yang aku dengor pernah kerja dengan M.Nasir dan sekarang ni aku tak tau maklumat dia.
Penepuk meja yang tak kurang hebatnya Termizi Rafie. Kalau cikgu tak de je atau lambakt masuk apa lagi konsert. Sham mabuk pegang penyapu terangguk-angguk memang macam orang mabuk.
Dari lagu rock sampai La Bamba semua kita taram. Happening-happening. Mizi memang boleh main Drum. Satu lagi yang best mizi ni pun pandai cerita. Kalau dia pergi tengok wayang kita tak payah pergi dah. Balik je karang dengo cerita dia. Detail dia cerita sampai kita boleh bayangkan cerita tu macam mana. Yang aku ingat cerita Indiana Jones Last Crusade seronok betul cerita dia. Tengok wayang pun tak berapa syok berbanding cerita Mizi. Sekarang Mizi dah jadi pensyarah IPG Ipoh. Dengor cerite kat sana pun main Drum jugak. Ajak le aku join.Dah lama tak Jamming ni. Gate beno dah tangan ni.
Berkat dua penepuk meja ni aku pun terikut sama. Kadang-kadang aku tepuk juga bila boring duduk dalam kelas. Cuma genre muzik je lain. Rock boleh, dangdut boleh, lagu india pun aku taram yang terkini lagu orang asli pun aku layan maklumlah aku ngajo ramai orang asli. Terasa dekat sangat keasliannya. Nyata berbeza daripada biasa. Teringat-ingat kenangan mengusik kalbu. Sangat mahal pengalaman itu. Semoga terus subur dalam ingatan dan ikatan persahabatan yang berkekalan. Al ta la vista Yob Solihin dan Mizi
Loudness


Siapa yang main gitar tak sah kalau tak tau lagu ni. Aku pun belajo juga sikit lagu ni daropada member baik aku ATAN (Kadang-kadang dia main dengan kumpulan Handy Black) Loudness ditubuhkan pada tahun 1981 gitaris Akira Takasaki and drummer Munetaka Higuchi serta Vokalis utama Minoru Nihara. Ahli saling berganti. Antaranya Mike VerceraM,Hirotsugu Homma,Naoto Shibata,Masaki Yamada dan diikuti Taiji Sawada. Album sulung mereka Birthday EveThe Law of Devil's Land,
Album yang seterusnya beralih dari heavy metal kepada komersial pop metal. Dengan pemecatan Minoru nihara pada 1988 dia telah digantikan oleh Mike Vescera. Selepas menghasilkan 2 album Soldier Of Fortune (1989) dan On The Prowl (1991). Kemudian ahli Loudness silih berganti mereka sempat mengeluarkan 2 album lagi Loudness dan live album Once And For All.(1993). Selepas itu antara 1994 hingga 1996 mereka menghasilkan 4 album lagi Heavy Metal Hippies, Ghetto Machine, Dragon and Engine serta 1 live album (Loud 'n' Raw)
Sempena sambutan 20 tahun penubuhan anggota asal bersatu semula dan sempat mengahsilkan beberapa live album dan DVD konsert. Namun pada april 2008 selepas mengeluarkan album Matal mad mereka tidak bermain muzik kerana Munetaka Higuchi drummer disahkan mengidap kanser hati dan pada 30 nov dia menghembuskan nafas terakhir. Loudness berjanji untuk terus berkarya.
Antara hasil karya loudness
Studio albums
- The Bird Eye (1981)
- Devil Soldier (1982)
- The Law of Devil's Land (1983)
- Disillusion (1984)
- Disillusion (1984) - English version
- Thunder in The East (November 9, 1985) #74 (US)
- Odin (1985) - EP
- Shadows of War (1986)
- Lightining Strike (1986) - U.S. Remix of Shadows of War #64 (US)
- Hurricane Eyes (1987) #190 (US)
- Hurricane Eyes (1987) - Japanese Version
- Jealousy (1988) - EP
- Soldier of Fortune (1989)
- On The Prowl(1991)
- Loudness(1992)
- Heavy Metal Hippies (1994)
- Ghetto Machine (1997)
- Dragon (1998)
- Engine (1999)
- Spiritual Canoe (2001)
- The Pandemonium (2001)
- Biosphere (2002)
- Terror (2004)
- Racing (2004)
- The Battleship Musashi (2005) - EP
- Breaking the Taboo (2006)
- Metal Mad (2008)
Live albums
- Live-Loud-Alive: Loudness in Tokyo (1983)
- 8186 Live (1986)
- Eurobounds (1986)
- Once And For All (1993)
- Loud 'n Raw (1995)
- Loudness Live 2002 (2002)
- The Soldier's Just Came Back (2002)
Compilations
- Never Stay Here, Never Forget You (1986)
- Early Singles (1989)
- A Lesson In Loudness (1989)
- Loudest (1991)
- Loudest Ballads (1991)
- Loud n' Rare (1991)
- Best Songs (1995)
- Masters of Loudness (1996)
- Very Best of Loudness (1997)
- Best of Loudness 8688: Atlantic Years (2001)
- Re-Masterpieces (2002)
- RockShocks (2004)
- The Best of Reunion (2005)
- Loudness Complete Box (2007)
Singles
- "Burning Love" (1982)
- "Geraldine" (1983)
- "Road Racer" (1983)
- "Road Racer" (1983) - English version
- "Crazy Nights" (1985)
- "Gotta Fight" (1985)
- "Let It Go" (1986)
- "Let It Go" (1986) - English version
- "Risky Woman" (1986)
- "Long Distance Love" (1989)
- "Dreamer & Screamer" (1989)
- "You Shook Me" (1989)
- "Slap In The Face" (1991)
- "Black Widow" (1992)
- "Crazy Samurai" (2004)
- "The Battleship Musashi" (2005)
- "Shadows Of War (Ashes in The Sky)"
Kerja-kerja berkaitan
- Messiah's Blessing (1982) - Misako Honjou
- 13th (1983) - Misako Honjou
- Metal Vibes (2002)
- #128 (2006)
- Ashes To Glory (2006)
- Drum Collection Vol. 001 (2006)
Video
VHS
- Loudness Live: Loudness presents Loud'n Fest Vol.1 at Club Citta' (2002) - Official bootleg
DVD
- Loudness Live Terror 2004 (2004)
- Rock-Shocking The Nation (2005)
- Loudness Live In Seoul (2005) - Official bootleg, series 2
- Loudness In America '06 (2006)
- Thanks 25th Anniversary: Loudness Live at International Forum (2006)
Jumaat, 27 Februari 2009
New Drug in School


New drug in Schools... Please pass this on even if you do not have kids in school. Parents should know about this killer drug. Grandparents, send it to your families and friends. This is a new drug known as 'strawberry quick '. There is a very scary thing going on in the schools right now that we all need to be aware of. There is a type of crystal meth going around that looks like strawberry pop rocks (the candy that sizzles and 'pops' in your mouth). It also smells like strawberry and it is being handed out to kids in school yards. They are calling it strawberry meth or strawberry quick. Kids are ingesting this thinking that it is candy and being rushed off to the hospital in dire condition. It also comes in chocolate, peanut butter, cola, cherry, grape and orange. Please instruct your children not to accept candy from strangers and even not to accept candy that looks like this from a friend (who may have been given it and believed it is candy) and to take any that they may have to a teacher, principal, etc. immediately. Pass this email on to as many people as you can (even if they don't have kids) so that we can raise awareness and hopefully prevent any tragedies from occurring. |
RE: Sekolah Lembu

Ujian ni tak boleh buat cepat kita kena dengar satu demi satu apa dia sebut. Kadang-kadang sampai rasa nak tertidur. Tapi banyak pengalaman melucukan. Salah satunya apabila seorang pelajar india ni membaca perkataan SEEKOR LEMBU. Punya teruk dia nak eja Seekor tu. Se se se tak lepas lagi se se se tak lepas lagi. Bila nak lepas ni.
Aku pun suruh eja lembu. Laju pulak mungkin sebab lembu dekat dengan kehidupan dia. Kemudian aku suruh eja SEEKOR balik . Kali ni laju. Tapi sebutan tak betul lain tulis lain eja. Dengan konfiden dia sebut SEKOLAH LEMBU.
Aku dah tak tahan dah. Nak gelak kesian kat dia. Last-last aku cakap kat dia nak pergi tandas. lepas tu aku gelak puas-puas. Balik rumah aku terfikir Mungkin ada kut SEKOLAH LEMBU. Macam sorang lagi budak aku bila buat ayat je mesti ada perkataan kambing. Rupa-rupanya baru aku tau bapak dia bela kambing. Mungkin juga satu hari nanti dia nak buat sekolah untuk lembu mana tau kan
Persembahan Istimewa
Khamis, 26 Februari 2009
Keluarga Besarku
Berkumpul ramai-ramai ni memang best. Rumah peninggalan arwah datuk aku Nordin Bin Rahim sentiasa meriah setiap kali ada saudara-mara yang berkahwin dan musim perayaan . Semoga kemeriahan terus dikekalkan untuk masa-masa akan datang. Malam tu ramai-ramai bakar sate buatan sendiri resepi mak sedara dari Negeri Sembilan. Deruan air sungai Batang dan keheningan suasana desanya sangat terasa. Tenang dan damai sentiasa.Lokasinya di Kg. Jambai, Tapah Perak yang pernah aku tulis dalam blog ni.
Asal-usul Humanisme dalam Kabbalah

Humanisme memasuki Eropah melalui sumber ini. Pada kurun kelima belas Agama Krisitian yang mempercayai kewujudan tuhan dan manusia dijadikan oleh tuhan telah di serang daripada sudut ideologi dan falsafah Humanime. Pensyarah sejarah di institiut Pontifical Bible Vatican Malachi Martin telah menjelaskan bahawa pada zaman pembaharuan di Itali terdapat kebangkitan satu jalinan persekutuan-persekutuan humanisme dengan aspirasi untuk melepaskan kawalan penuh tatarcara yang ada. Mereka wujud dalam kepompong rahsia.
Mereka juga dikenali dengan dua ciri utama.
1. Memberontak menentang tafsiran tradisi injil yang dikemukan oleh paderi-paderi
2. Menentang hujah-hujah berbentuk falsafah dan teologi yang dikeluarkan oleh gereja.
Mereka mula mengasaskan fahaman humanisme secara rahsia berasaskan Kabbalah yang bersumber Mesir Purba. Penyokong-penyokong Itali telah mengeluarkan idea-idea Kabbalah melampaui jangkaan. Mereka membina konsep ilmu rohani rahsia dan memindahkannya ke satu peringkat pemikiran dunia. Ilmu rahsia yang diamaksudkan ialah ilme rahsia bagaimana menguasai kuasa gelap alam untuk tujuan sosio-politik.
Ringkasnya persatuan-persatuan Humanisme yang terbentuk pada masa itu menggantikan kultur katolik Eropah denga Kultur baru yang mempunyai kaitan denga Kabbalah. Mereka telah menggunkan sosio-politik sebagai kuda tunggangan untuk menjayakan matlamat mereka.
Menurut Profesor Martin " Permulaan persekutuan-persekutuan humanisme yang awal adalah penganut-penganut kuasa agung- Pencipta Alam Yang Agung (The Great Architect of the Cosmos) yang mereka kemukakan di bawah empat huruf suci Ibrani YHWH (Penyokong-penyokong Humanisme) meminjam simbol-simbol lain-Piramid dan simbol mata yang melihat-yang berasal daripada sumber-sumber Mesir"
Agak menarik penyokong-penyokong Humanisme menggunakan istilah "Pencipta Alam Yang Agung" satu istilah yang masih digunakan oleh anggota Fremason hari ini.Ini menunjukkan memang terdapat hubungan yang rapat antara humanisme dan Freemason. Freemason terus memberi sokongan kepada humanisme supaya menentang kepercayaan terhadap agama krisitian yang sebenar.
Ringkasnya pada kurun ke-14 sati organisasi Freemason dan Humanisme yang mempunyai hubungan denga Kabbalah telah dilahirkan. Organisasi ini menentang semua bentuk agama krisitian, Yahudi dan Islam yang mampercayai kewujudan tuhan .Mereka menerima material alam sebagai tuhan termasuklah manusia. Bersambung lagi esok......
Rabu, 25 Februari 2009
Imagine there is no religion

Lagu ini merupakan lagu yang mempunyai pengaruh Humanisme yang jelas dan nyata dan pada 1999 di angkat sebagai lagu abad ini.
Selasa, 24 Februari 2009
New JPJ Regulation on the road
extensive testing on a newly
designed seat belt. Results
show that accidents can be
reduced by as much as 45%
when the belt is properly
installed. Correct installation
is illustrated below.......
..
..
..
..
..
..
..
..
This is very Important, please pass onto friends and family. THIS MAY SAVE A LIFE!
Humanisme

Namun menurut pakar humanisme Corliss Lamont mendifinisikan bahawa humanisme percaya bahawa alam semulajadi terdiri daripada realiti keseluruhannya, di mana kuasa benda dan bukannya minda adalah asas cakerawala ini dan entiti kuasa ghaib tidak wujud. Ketidakbenaran kuasa ghaib ini bermaksud manusia tidak mempunyai kuasa ghaib dan roh yang kekal.
Kesimpulannya Humanisme ini hampir sama dengan ateisme. Fakta ini disokong sendiri oleh golongan humanisme berdasarkan kepada 2 manifesto yang dikeluarakan pada tahun 1933 dan 1973. Antara perkara asas dalam dogma ateis yang sama dengan humanisme ialah alam dan manusia tidak dicipta sebaliknya telah wujud dengan sendirinya.Manusia tidak bertanggungjawab di atas sebarang kuasa lain melainkan dirinya bahawa kepercayaan kepada tuhan telah membantutkan perkembangan individu dan masyarakat.
Enam artikel di dalam manifesto.
1. Penyokong-penyokong humanisme yang beragama mengangggap alam ini terjadi dengan sendiri dan tidak dicipta.
2. Humanisme percaya bahawa manusia adalah sebahagian daripada alam dan ia telah muncul daripada proses berterusan.
3.Berpegang pada pandangan organik. penyokong humanisme mendapati bahawa tradisi dualisme minda dan tubuh mesti di tolak
4. Humanisme menganggap budaya keagamaan manusia dan ketamadunan yang ditunjukkan oleh antropologi dan sejarah adalah hasil perkembangan beransur-ansur melalui interaksinya dengan keadaan sekeliling dan masyarakat warisannya. Kelahiran individu di dalam suatu budaya tertentu sebahagian besarnya dibentuk oleh budaya itu sendiri.
5.Humanisme mendakwa bahawa alam semulajadi yang dipaparkan oleh sains moden menolak sebarang nilai-nilai kuasa ghaib atau jaminan kosmik nilai-nilai manusia.
6. Kita yakin masa telah berlalu untuk teisme, kepercayaan kepada tuhan, modenisme dan beberapa jenis pemikiran baru.
Keenam-enam fasal di atas mengandungi semua fahaman yang dianuti sebahagian masyarakat moden. Fahaman satu merupakan fahaman materialisme kewujudan abadi alam. Fasal kedua merupakan fahaman teori evolusi bahawa manusia tidak dijadikan. Fasal ketiga menafikan kewujudan roh manusia dan mendakwa manusia adalah himpunan material. Fasal keempat juga memaparkan fahaman budaya evolusi menafikan kewujudan tuhan sebagai berkuasa ke atas alam ini.Fasal kelima menafikan kedaulatan tuhan ke atas alam dan manusia dan fasal keenam telah tiba masanya menolak kepercayaan kepada tuhan. Bersambung lagi esok......
Isnin, 23 Februari 2009
Penemuan Saintifik Universiti Malaya tentang solat dan otak
|
Lagu favorite aku
Intro (lepas keyboard):
C G D (x4)
Verse 1:
D
Diam-diam mulai nampak bertijar
A
Hati yang redup kini bercahaya
G
Aku telah menerima
D
Aku telah mendapatkan
A D
Erti kehidupan
Verse 2:
D G D
Titik air jatuh di sudut mata
A
Tak kuasa daku untuk menahannya
G
Oh Tuhan, syukur hamba
D A
Yang hanya dalam khayal
D
Kini telah jadi nyata
C G D (x4)
Verse 3:
D G D A
Telah ku peluk telah ke dakap cita-cita
F# Bm E A
Telah ku genggam kau dengan cerita lara
D G D A
Rasa bangga, ku rasakan dalam hati
F# Bm G
Tak percaya kenyataannya
A D
Tiada bererti
C G D (Fade out...)
dan semakin hari semakin tebal ku rasa.........
(lirik dan chording dari guitar otai)
Ahad, 22 Februari 2009
FROM PENTATEUCH TO ZOHAR


Sementara itu novelis Itali Umberto Eco menjelaskan bahawa Kabbalah berasal daripada Firaun Mesir Purba. Beberapa orang yahudi telah belajar tentang Kabbalah kemudian telah memasukkannya ke dalam lima kitab perjanjian Lama (Pentateuch). Rahsia ini dipindahkan secara sulit dan hanya boleh difahami penganut-penganut Kabbalah.(The Zohar yang kemudiannya ditulis di Sepanyol dan menjadi kitab utama Kabbalah berlaitan rahsia kelima-lima kitab itu) selepas menyatakan bahawa penganut-penganut kabbalah membaca rahsia mesir purba ini di dalam ukuran geometri Nabi Sulaiman. Templar mempelajarinya daripada rahib-rahib penganut Kabbalah di Baitul Muqaddis.
Apabila templar menganut amalan Kabbalah ini mereka mula berkonflik dengan dasar kristian yang menguasai Eropah. Ini adalah konflik yang mereka kongsikan dengan satu lagi kuasa penting Yahudi. Selepas mereka di tahan oleh Raja Perancis pada 1307 tatarcara ini disembunyikan namun pengaruhnya tidak pernah padam malah menjadi lebih radikal dan tegas.
Kebanyakannya pengikut templar ini lari ke Scotland satu-satu negara Eropah yang menerima mereka. Di scotland mereka masuk ke persatuan pembina tembok lalu menguasainya. Benih-benih Freemason ini mula disemai dan bergabung pula dengan kebudayaan purba scotland yang menjadi cabang utama dalam Freemason masa kini. Tamplar dan Yahudi terus menjadi sekutu yag kuat dan saling bekerjasama sehingga lahir satu fahaman baru yang disebut Freemason.
Kerjasama mereka ini telah berjaya berjaya mecetuskan pelbagai revolusi besar seperti revolusi Perancis dan Itali, Revolusi Bolshevik dan seterusnya menjatuhkan institusi beraja di banyak negara Eropah dan seterusnya menguasai geo politik dan ekonomi sesebuah negara sama ada melalui proksi atau keturunan mereka melalui perkahwinan campur.
Sabtu, 21 Februari 2009
Hokmah dan Binah

Namun sebaliknya Kabbalah mendakwa tuhan itu Ein- Sof tuhan muncul darpada bentuk tunggal kepada bentuk yang banyak. Tuhan yang pelbagai ini disebut sebagai sefiroth.(mempunyai pelbagai wajah). Namun bagaimana tuhan berubah daripada bentuk tunggal kepada bentuk yang banyak masih menjadi misteri. Semua nya ini dibuat secara spekulasi sahaja.
Mereka juga mendakwa tuhan berada dalam satu bentuk kembar sebagai lelaki dan perempuan atau emak dan bapak Hokmah dan Binah. Hubungan kreatif Hokmah dan Binah melahirkan bentuk-bentuk lain.
Mereka juga mendakwa manusia tidak dijadikan sebaliknya bersifat dengan sifat ketuhanan. Manusia dan tuhan mempunyai kesatuan bermula dengan adam kadmon (Nabi adam), Bukti ini dapat dilihat dalam nilai nombor dalam bahasa Ibrani untuk nama Adam dan Jehovah (Adam dan tuhan) (Tetragrammaton-empat huruf ibrani membentuk satu nama tuhan - Yod he vav he) kedua-duanya adalah 45. Pentafsiran kabbalah tuhan adalah sama dengan adam.
Semua manusia dalam kedudukan yang tinggi adalah sama sperti tuhan. Disinilah lahir konsep bangsa Yahudi itu sebagai Choosen people (manusia terpilih, mulia dan martabat tinggi) Semua bangsa lain bukan yahudi dianggap sebagai Goyim (Haiwan ternakan) yang boleh diperlakukan apa sahaja. Ini juga dapat ditemui dalam protokol-protokol yahudi masa kini.
Ada dua doktrin mesir jahiliyyah yang utama yang telah dimasukkan disini 1. Mereka menolak semua benda telah dijadikan daripada tiada kepada ada- teori ini disebut teori materialis dalam dunia moden kini. 2. Manusia itu tidak dijadikan dan bahawa mereka bertanggungjawab ke atas kewujudan mereka sendiri- kini teori itu dikenali sebagai humanisme sekular dalam dunia moden.
Kedua-dua teori ini telah menguasai dunia lebih daripada dua abad yang lepas dan Freemasonlah yang bertanggungjawab meyakinkan kebenaran teori ini kepada manusia moden .Amat jelas kedua-dua teori ini berasal daripada Mesir Purba yang juga didebut Kabbalah. bersambung lagi esok.
Tuhan Perang
Antara unsur-unsur penyelewengan dan unsur jahiliyyah mesir(Kabbalah) yang dimasukkan ke dalam Taurat
bermaksud tuhan bersifat seperti sifat manusia.
2) Mereka juga mendakwa moyang Bani Israel Nabi Yaakob bergusti dengan tuhan dan menang.
Fakta ini direka demi mengagungkan kehebatan bangsa Yahudi itu sendiri.
3) Mereka juga mendakwa tuhan yang ada hanya untuk Bani Israel bukan utuk bangsa lain.
4) Di dalam kitab Joshua perjanjian lama amat jelas arahan-arahan telah diberikan untukmelakukan keganasan ke atas bukan Yahudi. Pembunuhan beramai-ramai terhadap wanita,kanak-kanak dan orang dewasa dihalalkan. Sudah tentu ini tidak dapat diterima namun iniadalah budaya jahiliyyah yang menggalakkan kegasanan yang menyembah mitos tuhan perang.
Jumaat, 20 Februari 2009
Hathor dan Apis

Sebelum pergi lebih jauh kita mesti melihat ke dalam kehidupan Bani Israel semasa di Mesir. Pada mulanya kaum Bani Israel merupakan kaum yang percaya dengan satu tuhan dan sangat beriman dengannya sejak zaman nenek moyangnya Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf, Nabi Ishak dan Nabi Yaacob. Bersama dengan nabi yusuf mereka ke Mesir dan memulakan kehidupan di sana.
Mereka terus mengekalkan fahaman monotisme mereka untuk satu tempoh yang panjang walaupun kehidupan mereka dikelilingi masayarakat mesir yang menyembah berhala. Namun secara sedikit demi sedikit mereka mula terpengaruh dengan amalan penyembahan berhala. Ini dapat dibuktikan dalam 2 ayat al-quran ketika mereka lari dari dikejar oleh firaun dan terdampar di tengah bumi sinai. Mereka telah meminta kepada nabi musa "Wahai Musa buatlah untuk kami satu tuhan (berhala) sebagaimana mereka(Mesir) mempunyai beberapa tuhan" dan lagi mereka memohon "Wahai Musa kami tidak akan beriman pada mu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami" "
Berdasarkan 2 ayat tersebut jelas memnunjukkan bahawa kaum Bani Israel mempunyai pengaruh yang kuat dengan amalan jahiliyyah Mesir iaitu menyembah berhala. Ketika Nabi Musa ke Tur Sinai sekali lagi mereka telah mencabar nabi Musa dengan membina patung lembu betina Emas yang diketuai oleh Samiri. Mengapa mereka membina lembu betina emas dan tidak objek lain. Jawapannya Lembu betina emas dan lembu jantan merupakan objek yag disembah oleh orang Mesir. yang dikenali Hathor (lembu betina) dan Apis ( lembu jantan.)
Hathor dan Apis adalah mewakili penyembahan matahari. Patung Lembu Betina yang dibina oleh Bani Israel juga merupakan menifestasi terhadap penyembahan matahari. Kalau dilihat pada lambang-lambang Yahudi seperti di dalam matawang Amerika amat jelas objek yang ada kaitan dengan cahaya (matahari). Begitu juga dengan mazhab Lucifer di dalam Yahudi yag mengagungkan cahaya.
Ketika Nabi Musa masih hidup lagi mereka terus menyembah pelbagai jenis berhala. apatah lagi ketika nabi Musa tiada mereka bukan sahaja menyembah berhala malah telah membawa bersama mereka budaya dan doktrin Mesir purba ke dalam kehidupan mereka seterusnya di wariskan dari satu generasi ke satu generasi sehingga kini. Doktrn ini lah yang disebut Kabbalah..
Kabbalah merupakan satu sistem rahsia dan berdasarkan amalan sihir. Yang menariknya Kabbalah mengemukakan penjelasan ciptaan yang sangat berbeza daripada apa yag ditemui dalam kitab Taurat. Kabbalah telah terbentuk bertahun-tahun lebih awal daipada Kitab Taurat. Pandangannya tentang alam amat berbeza daripada teoti agama-agama ketuhanan.
Manurut Murat Ozgen seorang ahli Freemason Turki Kabbalah pada awal ciptaan badalah benda-benda dinamakan Sefiroth bermaksud bulatan atau orbit yang kedua-duanya adalah karektor material dan kerohanian mula terbentuk. Jumlah penuh benda-benda ini 32. Sepuluh pertama mewakili sistem suria yang lainnya mewakili jirim bintang-bintang di angkasa. Makklumat Kabbalah ini menunjukkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan astrologi purba. Oleh itu Kabbalah telah terkeluar daripada agama Yahudi dan lebih dekat dengan agama-agama purba timur tengah.
Namun begitu Doktrin Kabbalah telah diterima dengan baik oleh agama Yahudi yang menganggap Kabbalah sebahagian ajaran Yahudi. Untu itu mereka sanggup memalsukan kandungan asal kitab taurat demi menyesuaikan Kabbalah ke dalam agam mereka. Mereka juga telah mencampuradukkan tradisi rahsia yang telah mereka warisi dengan idea-idea sihir yang sebahagiannya telah mereka pinjam daripada bangsa-bangsa lain dengan ikhtiar mereka sendiri. Mereka juga telah memasukkan falsafah Magi (ahli sihir) parsi daripada Neo-Platonis dan Neo-Pythagoreans.
Kenyataan ini diperjelaskan di dalam surah al-baqarah ayat 102 " Mereka (membelakangkan kitab Allah) dan mengikuti ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman. padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkabn kekufuran itu akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir dengan amalan sihirnya.
kerana merekalah yang mengajarkan manusia tentang ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di negeri babil (Babylon). Sedangkan mereka berdua tidak mengajar seorangpun melainkan menasihatinya dengan berkata Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan untuk menguji imanmu. Janganlah engkau menjadi kafir (dengan mampelajarinya). Dalam pada itu ada juga mempelajarinya dari mereka berdua ilmu sihir yang boleh menceraikan antara suami dan isteri padahal mereka tidak akan dapat memberi mudarat dengan sihir itu melainkan dengan izin tuhan.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan diri mereka dan tidak memberi manfaat kepada diri mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi) tahu bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir tidak mendapat bahagian di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruk apa yang mereka pilih untuk mereka. kalaulah mereka mengetahui. Demikianlah sikap Yahudi yang amat degil dari dahulu hingga kini. Bersambung lagi esok.....
Khamis, 19 Februari 2009
Gama Linokelik dan Super-Oxide Dismutase (SOD)

Spirulina juga bertndak sebagai Super-Oxide Dismutase (SOD). Bagi mereka yang mementingkan kecantikan kulit Spirulina adalah jawapannya. Ia dapat meningkatkan sistem keimunan, menolong mengurangkan sel tak normal dan membantu melambatkan proses penuaan,. Spirulina mempunyai SOD yang berkualiti tinggi berbanding dengan lain-lain makanan. Ia juga megurangkan pigmentasi disebabkan asid nukleik yang terdapat di dalamnya.
Protein dalam spirulina pula 5 kali lebih tinggi daripada susu lembu. Protein dalam spirulina lebih sihat daripada protein haiwan kerana tiada kolestrol, tiada hormon pertumbuhan,antibiotik dan racun perosak. Tiada perisa tambahan dan rempah serta tidak berasid. Ia juga tidak perlu dimasak dan tiada lemak tepu. Oleh kerana majoriti bahagian badan seperti tulang,kulit,otot dan organ dalaman mengandungi protein dengan mengambil spirulina ia dapat membantu memperkuat fungsi setiap satunya. Ia juga membantu pemecahan lemak dan membantu pembentukan kolagen serta pemulihan tisu. Spirulina juga mempunyai 70% protein berkualiti tinggi.