Nuffnang

Pengikut

Isnin, 27 September 2010

The power of Merungut


Merungut adalah penyakit manusia yang tiada kesudahannya. Agak sukar untuk mengubati penyakit merungut, tidak puas hati dan selalu bersangka yang tidak baik. Resam manusia dalam dunia ni memang begitu agaknya. Namun sedarkah kita sebanarnya masalah inilah yang menyebabkan kita tidak boleh maju ke hadapan. Merungut akan melahirkan satu lagi penyakit iaitu sering mencari alasan untuk tidak melakukan sesuatu.


Di sekeliling kita memang ramai orang yang sentiasa merungut. Bagi mereka yang bekerja ada sahaja perkara yang dirungutkan. Kadang-kadang kesian juga aku tengok mereka yang jadi bos. Buatlah macam mana pun tetap akan menjadi rungutan orang bawah. Kadang-kadang aku amat rungsing dengan situasi ini. Seolah-olah nilai syukur sudah hilang daripada jiwa.


Di dalam ilmu kejiwaan, roh jiwa ataupun minda bawah sedar antara perkara yang menghalang kejayaan seseorang ialah kerap merungut. Biasanya selepas merungut kita akan melontarkan banyak perkara yang negatif yang tak sanggup aku nukilkan di sini. Apabila di tegur selalunya mereka ini akan melenting.


Di dalam konsep Law cause of effect ada menyatakan Setiap tindakan akan melahirkan kesan positif atau negatif. Apabila yang dilontarkan negatif maka kita akan menerima kembali menerima dan menyerap energy negatif tersebut. Apabila energy negatif ini masuk ke dalam badan dia akan mengganggu sistem pertahanan badan. Sekiranya terus diamalkan dalam jangka panjang ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang serius.


Sekiranya kata-kata yang keluar adalah positif maka kita akan menerima semula energy positif tersebut yang akan membuka cakra tenaga yang sangat baik kepada tubuh badan. Energy positif ini akan membuka banyak jalur tenaga di dalam badan dan seterusnya memberi signal yang baik kepada minda. Seterusnya minda bawah sedar akan menerima semua saranan yang positif dengan baik dan akan melaksanakannya.


Sekiranya kita menyarankan untuk kesenangan maka minda bawah sedar akan berusaha untuk mencari jalan bagaimana kita akan menjadi senang. Ilham-ilham, idea dan peluang yang baik akan datang dalam hidup kita. Inilah yang selalu kita lihat dalam hidup mereka yang kaya-raya dan superich. Rata-ratanya mereka ini mempunyai mindset yang betul. Banyak perkara yang baik yang datang dalam hidup. Yang kaya bertambah kaya... yang miskin bertambah miskin.


Anda bayangkan kalau setiap hari kita merungut agak-agaknya apa yang datang dalam hidup. "Aku bodoh" "Bos tu tak de hati perut" "Mamak ni macam hara& @#$%^&" dan macam -macam lagi rungutan yang negatif. Lama- kelamaan apa yang datang hidup anda?. Merungut tentang susah agak-agaknya apa yang datang hidup anda?.. Merungut tak de duit agak-agaknya apa yang datang dalam hidup anda?.Marilah kita membudayakan diri dengan Minda kelas pertama...... Be positif

Ahad, 19 September 2010

Let`s Rockin


"Jepun pandang ke barat untuk kemajuan, Apa nak jadi dengan Malaysia" "Pandangannya ke mana di mara arah mu" begitu antara bait lagu orang timur nyanyian kumpulan SYJ. Lagu ni memang lagu favourite setiap kali group aku jamming kat Man Black Studio Kampar.

Selalunya sehari sebelum jamming kami akan praktis dulu kat kolam ikan Wak Mingan atau kat rumah Atan (Lead Guitar). Aku seperti biasa akan bertindak sebagai vokalis. Deris bertindak sebagai Drummer dan adik Atan Zai sebagai Bassist. Selain lagu kumpulan SYJ lagu kumpulan MAY turut menjadi pilihan seperti lagi Pelayaran, Grafiti dan Sendiri dan banyak lagi.

Pada hari Jamming selalunya kami akan berkongsi duit menyewa kereta dan kadang kala kami beramai-ramai naik bas tinjat. Demi semangat Rock yang membara apa pun sanggup dilakukan. Setiba di Man Black Studio selalunya kami terpaksa meenunggu giliran memandangkan banyak kumpulan lain yang datang lebih awal.

Sambil lepak-lepak di ruang tamu Studio Man Black kami juga mengambil kesempatan mencuri dengar muzik yang dimainkan oleh kumpulan lain. Rata-ratanya amat berbakat dan boleh bermain secara live. Inilah kelebihan kumpulan rock zaman rock kapak. Banyak kumpulan yang boleh perform secara live.

Apabila tiba giliran kumpulan aku jamming selalunya Man Black akan masuk sekali untuk memerhatikan permainan kumpulan aku. Selesai tuning dilakukan maka bermulalah saat yang dinanti-nanti. Lets Rockin..... Bergegar beb studio... semangat lamina pun naik tiba-tiba..

Dengan hentakan double paddle Drum Deris yang amat padu dan skill permainan lead gitar Atan yang mantap menyebabkan semakin ramai yang masuk ke studio untuk melihat kumpulan aku jamming. Tambahan pila apabila lagi pelayaran dimainkan huuu memang energy level meningkat naik 110%. Apabila atan menggoreng lagu-lagu berirama Heavy Metal seperti 2 minit 2 midnigth (lagu Iron Maiden) dan lagu Heavy Chain (Loudness) selalunya studio akan bertambah gamat.


Atan memang seorang pemain gitar yang berbakat. Pernah beberapa kali bermain dengan kumpulan Handy Black dan beberapa kumpulan yang lain. Daripada Atanlah aku belajar bermain gitar namun tidaklah sehandal Atan. Itulah pegalaman zaman remaja aku semasa aktif dengan aktiviti jamming menjamming. Pantang ada studio baru maka aku dan Atan pasti akan mencubanya. Zaman Rock kapak memang best dan antara kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan.... Hidup Rock Kapak....

Jumaat, 17 September 2010

Secret Negative Mind


Apabila minda diprogramkan dengan perkataan susah segalanya akan jadi susah. Namun apabila minda diprogramkan dengan perkataan senang segalanya akan jadi senang. Banyak perkara yang kita fikirkan bermula diminda. Banyak juga tindakan yang kita buat berdasarkan apa kata minda.

Sedari kecil sebenarnya ada pelbagai perkara negatif yang telah diprogramkan ke dalam minda kita. Semua perkara negatif ini meresap masuk kebawah minda separa sedar dan akhirnya mempengruhi sistem kepercayaan kita (Believe System). Semasa kita kecil kita bebas bermain, bebas memanjat pokot dan bebas mandi sungai tanpa ada rasa takut. Semuanya bebas dilakukan. Sebabnya minda kita pada ketika itu masih jernih,tiada halangan dan belum lagi diprogramkan.

Semakin kita membesar kita mula diprogramkan oleh orang terdekat dengan kita dengan perkataan-perkataan yang negatif contohnya "Nak jangan panjat pokok nanti jatuh patah kaki" "Nak jangan mandi sungai nanti lemas" dan yang lebih teruk lagi "nak jangan main dalam semak atau hutan nanti kena tangkap dengan hantu".

Memang tidak dapat dinafikan larangan tersebut ada kebaikannya. Namun dalam jangka masa yang panjang perkataan seumpama ini mula menghehadkan kebolehan dan potensi sebenar kita. Program seumpama ini terus diasak ke dalam minda bawah sedar sehingga melahirkan sistem kepercayaan yang menjadikan kita seorang yang negatif.

Biasa tak kita mendengar nasihat-nasihat seumpama ini. "Mad metamatik ni payah, aku dulu belajor pun jenuh belajor tapi tak mau dapat-dapat". "Tak payah le belajor rajin-rajin , keturunan kita ni keturunan otak berkarat". "Mad bahasa Inggeris ni susah le". Sebelum mencuba lagi sistem kepercayaan seseorang pelajar itu sudah dihadkan potensinya. Belum lagi belajar bersusngguh-sungguh atau mencuba mindanya telah meletakkan satu halangan yang besar melalui saranan-saranan negatif orang disekelilingnya.

Sebenarnya inilah senario yang menimpa kebanyakan pelajar kita terutamanya pelajar-pelajar luar bandar. Minda kita telah disalah program. Minda kita telah telah di salah upload dan minda kita telah dijangkiti virus.

Perkara-perkara negatif akan terus subur dan membesar dalam diri seseorang sehinggalah dia akan mengatakan tidak tahu,tidak pandai, malu, dan menganggap dirinya tiada bakat, memang dilahirkan lemah dalam pelajaran, tidak mahu membaca, tidak mahu menulis mengakibatkan dia langsung tidak mahu mencuba.

Lebih malang lagi apabila bisikan dalaman juga terus membisikkan perkara-perkara yang negatif. Apabila ada sedikit kemahuan untuk berubah maka bisikan dalaman mula membisikkan "Tak payah le belajar hari ini, tengok tv dulu" atau pun "Ye ke nak berubah ni, nanti apa orang kata" ataupun "Mad kamu nak jadi orang baik, nanti kawan-kawan kamu gelak". Sekali lagi diri akan tertewas dengan bisikan dalaman.

Akhirnya jadilah kita manusia yang mati sebelum mati ataupun jadilah manusia yang sudah dikebumikan sebelum dikebumikan. Kekallah kita menjadi manusia yang sentiasa negatif, mencari kesalahan orang lain, hanya tahu melihat sudut yang negatif, suka mendengar perkara yang negatif dan kita tidak dapat lagi melihat kebaikan kerana yang kita nampak hanya negatif....

Rabu, 15 September 2010

Rendang Ayam super duper Power Mantoppp.....


Perubahan kecil membawa makna besar 10


Dalam entry yang lepas aku ada menulis tentang kecintaan aku terhadap rendang ayam. Kalau tak de rendang ayam macam tak berapa sempurna raya. Apabila lemang dicicah dengan rendang ayam dan dimasukkan ke dalam mulut kedua rasa itu akan menyatu maka lahirlah satu nikmat yang tidak terungkap dengan kata-kata.


Perrghhhhh begitulah sedapnya kombinasi rasa lemang dan rasa rendang ayam. Namun daripada segi kualiti tentulah berbeza dari satu rumah ke satu rumah yang aku kunjungi. Ada yang menepati selera aku. Namun ada juga yang jauh tersasar di bawah par. Memang sukar untuk mendapatkan rendang yang menepati ciri yang aku inginkan.

Sebenarnya tidak lah sukar untuk mendapatkan rasa rendang ayam yang mantoppp... Disini aku ingin berkongsi salah satu rahsia membuat rendang yang sedap dan mantoppp yang aku perolehi daripada seorang kenalan yang rendang ayamnya memang super duper power mantopp... rasa rendang ayamnya.


Rendang ayamnya terbukti kesedapannya apabila mendapat tempahan daripada pelbagai pihak. Selain mempunyai kepandaian melukis,membuat langsir dan membuat bangku Ala-ala Fella Design dia juga mahir dalam memasak. Salah satu kepakarannya ialah memasak rendang ayam yang aku panggil super duper power mantopppp...


Rahsia kesedapan rendang ayamnya terletak pada serai. Selalulanya kita akan memasukkan serai sebatang-sebatang ke dalam kuali atau ke dalam blender tanpa di potong. Sebenarnya untuk mendapat rasa rendang yang sedap serai perlu di hiris nipis dan halus. Selepas itu serai tersebut hendaklah di blender berasingan dengan lain-lain bahan.


Semasa menumisnya masukkan bahan-bahan yang lain dahulu kemudian baru masukkan serai yang telah diblender tadi.... Insyallah Rendang ayam anda akan menjadi sedap dan Marvellous...

Cubalah ya kalau sedap bagi tau kawan... kalau tak jadi cuba lagi..... ..

The best Aroma


Perubahan kecil membawa makna besar 9


Cuba anda pejamkan mata. Anda bayangkan aroma asam pedas yang menusuk-nusuk hidung. Cuba anda ambil sesudu kuahnya dan hirup kuahnya dengan penuh perasaan. Ada rasa masin, manis dan yang paling best campuran rasa masam dan pedas.


Memang sedap dan membuka selera. Asam pedas juga antara makanan kegemaran aku. Makan nasi hanya dengan kuah asam pedas sudah cukup bagi aku. Namun untuk membuat asam pedas sesedap asam pedas buatan bapa saudara aku yang tinggal di Sauk memang belum dapat aku laksanakan walaupan aku menggunakan resepi yang diperturunkan kepada aku.


Kadang-kadang terlebih asam. Kadang-kadang terlebih belacan. Pendek kata sehingga hari ini aku belum dapat rasa asam pedas yang perfect. Namun menurut emak saudara aku yang pernah tinggal lama di Melaka, Asam pedas di Cheng Melaka merupakan antara asam pedas yang famous dan sedap rasanya memang lain daripada yang lain.


Jenuh juga emak saudara aku bertanya kepada taukeh kedai tersebut tentang rahsia asam pedasnya yang sangat lazat. Namun harapannya hampa kerana taukeh kedai terus merahsiakan resepi rahsianya. Namun emak saudara aku tidak berputus asa. Pelbagai cara dicubanya untuk menghasilkan asam pedas yang sama macam asam pedas di Cheng Melaka.


Akhirnya setelah pelbagai cara dilakukan dan setelah menjalankan banyak ekspiremen untuk menghasilkan asam pedas yang setanding dengan asam pedas di Cheng Melaka barulah dia mengetahui rupa-rupanya rahsia kesedapan asam pedas di cheng di Melaka itu terletak kepada daun kesumnya.


Selain memasukkan daun kesum yang biasa ke dalam asam pedasnya daun kesum juga perlu di blender. Ini yang menaikkan rasa dan aroma asam pedas. Tak percaya cubalah.....

Selasa, 14 September 2010

Potong-potong


Perubahan kecil membawa makna besar 8


Aku tidak pasti sama ada pemerhatian aku ini menepati standard lain-lain kajian tentang perilaku manusia. Namun daripada pemerhatian aku terhadap respondan, hampir 90% peratusnya tepat. Tentu anda tertanya-tanya apa kajiannya?.... Sebenarnya dah lama aku memerhatikan perkara ini. Dalam hati tertanya-tanya mungkin ada kaitan di antara subjek kajian dengan tingkah laku atau perilaku manusia.


Setiap kali berkunjung ke rumah saudara-mara atau sahabat handai aku cukup suka memerhatikan cara potongan lemang. Ada lemang yang dipotong dalam saiz kecil, sederhana dan besar. Ada juga yang memotong lemang dalam saiz yang bercampur antara kecil dan besar.


Sebenarnya cara potongan lemang amat berkait rapat dengan perilaku manusia. Potongan lemang bersaiz kecil dan agak nipis melambangkan seorang yang berhati-hati dalam mengambil tindakan, berjimat-cermat, hidupnya sentiasa ada perancangan yang teliti dan rapi namun ada sedikit sifat kedekut.


Bagi yang potongan lemangnya bersaiz besar melambangkan seorang yang tidak berhati-hati dalam melakukan kerjanya, kerjanya hendak cepat siap, hidupnya agak kurang teratur namun kaya dengan sifat pemberi dan pemurah.


Bagi yang potongan lemangnya bercampur-campur saiznya, ia melambangkan mereka yang mempunyai campuran karektor antara mereka yang memotong lemang dalam saiz kecil dan besar. Namun bagi mereka yang menjalankan perniagaan menjual lemang corak potongan lemang ini tidak boleh menjadi asas kepada karektor mereka.


Sekadar memerhati......



Selasa, 7 September 2010


SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI


MAAF ZAHIR BATIN


DARIPADA ANJANG BLOG DAN KELUARGA


BE POSITIF, BE POSITIF AND BE POSITIF


BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU


BERHATI-HATI SEMASA MAIN MERCUN


BERHATI-HATI JUGA SEMASA MENGELUARKAN KATA-KATA


Seperti Curut dan arwah opah

Rendang ayam merupakan antara favourite dish aku. Sedari dulu makan lemang tanpa rendang ayam memang terasa tak sempurna hari raya beb. Kecintaan aku terhadap lemang dan rendang ayam memang tidak berbelah bagi. Lemang dan rendang ayam ini bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku dan mungkin juga seperti India dan Taj Mahal atau seperti curut dan arwah opah aku (Penggemar curut tegar) yang memang tak boleh dipisahkan.


Setiap kali menyambut hari raya arwah emak aku memang tidakak miss akan masak rendang ayam istimewa untuk aku. Sehinggakan aku dapat menghafal resepi masakan rendang emak aku hingga kini. Kalau digerak secara mengejut waktu tengah malampun nescaya aku akan dapat menyebut senarai bahan-bahan untuk membuat rendang satu persatu.


Setiap tahun sekiranya beraya dirumah Ayah aku, aku pasti akan membuat rendang ayam persis seperti rendang ayam arwah emak. Namun sudah pastilah tidak sama seratus-peratus seperti rendang arwah emak aku. Yang tak bestnya tu setiap kali nak makan rendang ayam ni setiap kali itu perasaan hiba yang bercampur baur mengenangkan arwah emak aku bertalu-talu hadir dalam kotak fikiranku.


Kadang-kadang secara tidak sedar dan tidak dapat di kawal air mata berjurai dari pipi ibarat seperti butir-butir permata jatuh setitis demi setitis. Aku dapat membayangkan betapa sibuknya arwah ibu pada setiap hari raya menyediakan rendang kegemaran aku. Aku juga tidak ketinggalan membantunya menghiris serai, bawang dan menghiris daun kunyit halus-halus.


Setelah semua bahan disiapkan kadang-kadang aku diberi peranan untuk menumis bahan-bahan yang telah dihiris dan di blander halus. Apabila semua bahan telah pecah minyak santan akan dimasukkan. Setelah santan pecah minyak dan mengelegak barulah ayam dimasukkan. Satu demi satu bayangan saat-saat indah bersama arwah ibu datang menjelma setiap kali hendak menyambut syawal.


Terdengar sahaja takbir raya jiwa ini lebih meruntun. Semasa inilah terasa jauh hati ini, sayu hati ini dan terasa kehilangan yang amat sangat. Selalu aku ibaratkan diri ini umpama buih-buih halus yang hanyut semakin jauh dan semakin jauh ke muara sungai. Pandangan terhadap buih hilang sedikit demi sedikit dari pandangan.


Kadang-kadang hati ini terasa seperti puing-puing kaca halus tatkala terhempas ke lantai. Betapa remuk dan redamnya hati ini melihat orang lain yang masih dapat menagih kasih ibu dipagi aidilfitri. Melihat mereka mengucup tangan ibu.Yang paling memilukan aku apabila melihat cucu-cucu mencium tangan opah masing-masing.


Anak-anakku tidak lagi dapat merasa lagi nikmat kasih dan sayang seorang opah seperti cucu-cucu opah yang lain. Hanya seketika mereka bersama opahnya. Itupun tatkala mereka terlalu kecil untuk memahami apa yang dimaksudkan nikmat kasih sayang seorang insan bernama Opah. Rasanya opahnya juga belum merasa puas merasa nikmat mempunyai insan-insan yang bernama cucu. Segalanya berlalu terlalu pantas. Dalam keadaan tidak disangka-sangka dia pergi menymbut seruan ilahi.


Bagi diriku yang ada hanyalah kenangan yang aku ulang-ulang dalam kotak pemikiran. Sedikitpun tidak pernah jemu aku mengulanginya. Kalau boleh biarlah kenangan itu terus mekar sehingga ke akhir hayatku. Sesungguhnya aku amat menyayangi arwah ibu....Minta maaf tak boleh nak sambung dah..... deraian air mata menyekat jari-jemari daripada mengetuk papan keyboard ini..

Ahad, 5 September 2010

SMILES


Perubahan kecil membawa makna besar 7

Pulang ke rumah selepas seharian bekerja adalah saat yang sangat membahagiakan. Dalam perjalanan pulang kita sudah dapat membayangkan keadaan rumah, air sejuk di dalam peti ais, wajah anak-anak dan isteri tersayang .

Bayangan itu sangat mendamai dan mengasyikkan. Benarlah rumah itu adalah syurga (Baiti jannati). Bagi yang masih belum mendirikan rumah tangga rumah mungkin sekadar tempat berehat atau berlindung. Bagi yang sudah berumahtangga ada banyak perkara yang menarik tentang rumah. Pelbagai rahsia tekandung di dalamnya. Tidak kurang juga peristiwa suka-duka, nostalgia dan kenangan yang banyak tersimpan dalam kamus hidup sepanjang tinggal di situ.

Harapan untuk pulang ke rumah dengan perasaan gembira, senang hati, bahagia dan damai adalah merupakan harapan bagi setiap suami. Walaupun ditempat kerja jiwa sentiasa kacau dengan kerenah bos, rakan sekerja dan pelbagai faktor lain namun apabila pulang ke rumah seorang suami amat menggharapkan suasana yang aman dan tenteram.

Apabila tiba dipintu rumah suami amat mengharapkan keadaan rumah yang aman damai, anak-anak yang ceria dan sambutan mesra seorang isteri. Yang aku maksudkan sambutan mesra ialah SENYUMAN ikhlas. Dengan hanya senyuman hati suami akan berasa sangat bahagia. Seolah-olah semua beban kerja hilang sekelip mata.

Anda cuba bayangkan keadaan sebaliknya berlaku. Apabila suami berada di pintu rumah pulang daripada tempat kerja muka isterinya masam mencuka dengan muncung panjang yang boleh disangkut penyangkut baju. Apa perasaan suaminya yang seharian penat bekerja. Rasanya bertambah terbeban jiwa dan raga serta seluruh saki baki emosi ceria dan bahagia hilang serta merta. Level energy juga terus menurun.

Kalau aku aku akan merasakan lemah seluruh anggota badan. hilang semua mood. Mood makan, mood bercakap dan segala macam mood disedut keluar semuanya dari jiwa dan raga. Oleh itu para isteri menyambut kepulangan suami daripada tempat kerja ataupun apabila suami pulang daripada sebarang urusan diluar cubalah belajar SENYUM. Kalau biarlah senyuman itu melebar sehingga ke telinga. Sedikit sahaja yang diminta iaitu SENYUM.

Mana-mana isteri yang jarang menyambut kepulangan suaminya denga senyuman cubalah belajar senyum. Bukannya susah sangat dan berita baiknya anda tidak perlu membayar harga yang tinggi unutk melakukan senyuman. Lakukanlah sedikit perubahan yang akan membawa makna yang besar kepada kebahagian keluarga anda.

Senyum itu sedekah. Di dalam senyuman ada energy positif yang sangat kuat. Setiap energy positif yang anda keluarkan dan berikan kepada orang lain energy tersebut akan datang semula kepada anda. Anda akan terasa lebih sihat, ceria ,bahagia serta kaya dan berjaya........

Best la klinik ni lain daripada yang lain


Perubahan kecil membawa makna besar 6

Sebelum menyambut Ramadhan al-Mubarak baru-baru ini, anak aku yang nombor tiga ini mengalami batuk yang berterusan. Hampir dua minggu dia batuk. Walaupun bermacam ubat batuk yang telah di makan namun seolah-olah tiada kesan.

Aku mengambil keputusan untuk membawanya ke sebuah klinik di pekan berhampiran. Memandangkan pada waktu siang aku agak kesuntukan masa maka aku mebawanya pada waktu malam.

Agak malang sedikit kerana regular klinik yang biasa aku pergi tutup. Di sebelah regular klinik tersebut terdapat sebuah lagi klinik yang aku sendiri tidak pernah mendapatkan rawatan di sini. Oleh kerana ini sahaja pilihan yang ada maka aku terpaksa membawa anak aku ke sini untuk mendapat rawatan.

Orang memang agak ramai. Pelbagai bangsa mendapatkan rawatan di sini seperti orang melayu, Cina, India, Banggali he dan juga buruh-buruh Indonesia. Oleh kerana aku tiba agak lewat maka aku mandapat giliran yang akhir.

Aku agak teruja dan terbit pelbagai soalan di dalam pemikiran mengapa klinik ini menjadi pilihan masyarakat setempat dan mat-mat Indon. Mendengar harga-harga ubat yang disebut oleh pembantu doktor semasa pelanggan mendapatkan ubat dikaunter klinik tersebut rasanya harga perkhidmatnnya dan ubatnya agak mahal berbanding denga kos yang dikenakan oleh lain-lain klinik.

Sedang menunggu giliran hampir dua ke tiga kali aku ke tandas klinik. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku iaitu hiasan tandasnya. Berada di dalam tandas tersebut seolah-olah kita berada di rimba hijau yang sangat mendamaikan. Di bucu dinding tandas digantung daun hijau plastik yang berjurai menghala ke bawah.

Di bawahnya diletakkan pokok bunga hijau. Dengan sedikit sentuhan sahaja suasana tandas berubah menyebabkan setiap kali kita masuk ke tandas tersebut kita berasa seperti berada di dalam rimba hijau.

Apabila berada di dalamnya kita berasa amat selesa dan damai. Itu yang menyebabkan aku dan anak silih berganti masuk ke tandas. Setelah menunggu hampir dua jam maka tibalah giliran anak aku mendapat rawatan. Dipintu masuk ke bilik rawatan aku dan anak aku di sapa dengan mesra oleh doktor tersebut.
Betapa terasa bangganya dan gembiranya hati ini apabila kehadiran aku dan anak dirai oleh seorang doktor yang menyambut kedatangan pesakitnya dengan sapaan dan senyuman yang sangat mesra dan ikhlas.

Anak aku di periksa dengan bersungguh-sungguh. Tergambar kesungguhannya merawat anak aku daripada gerak lakunya yang terpancar pada mukanya yang sentiasa menguntum senyuman . Patutlah klinik ini menjadi pilihan masyarakat setempat walaupun harganya sedikit mahal.

Walaupun tidak menawarkan MC yang boleh bayar di kaunter tanpa berjumpa doktor namun pelanggan terus memilih klinik atas dua faktor di atas. Susah rasanya hendak mendapat layanan seumpama ini daripada lain-lain klinik yang pernah aku pergi sebelum ini.

Satu lagi perkara yang aku amkat suka ialah setiap pertanyaan aku dijawab dengan begitu bersungguh-sungguh dan jawapannya sangat memuaskan hati aku. Berbanding dengan doktor di sebuah klinik yang selalu aku pergi sebelum ini hanya menjawab soalan aku sekadar melepaskan batuk ditangga. Kadang-kadang jawab pun macam hendak tak hendak je. Sedangkan kita inginkan penjelasan tentang penyakit yang kita hidapi.

Kadang-kadang dengan jawapan yang memuaskan hati sudah mampu meringankan sedikit sakit yang kita tanggung. Sakit ada juga kaitannya dengan gangguan emosi dan energy dalam tubuh. Sekiranya emosi kita gembira dan mendapat sesuatu yang menyenangkan hati ia juga membantu dalam proses penyembuhan penyakit.

Sekali lagi perubahan kecil yang dilakukan oleh doktor tersebut terhadap tandas dan keunikan caranya melayan pesakit memberi makna yang besar kepada pelanggannya untuk datang kembali ke kliniknya walaupun harga yang dikenakan agak tinggi sedikit berbanding klinik-klinik yang lain...

Sabtu, 4 September 2010

Thingking Feeling Action and Result


Perubahan kecil membawa makna besar 5


Telah banyak rasanya buku-buku motivasi dan transformasi diri yang aku baca sama ada penulis luar atau dalam negeri. Begitu juga dengan seminar-seminar motivasi, tranformasi, minda dan seumpamanya yang aku hadiri. Ada yang mengenakan yuran yang sangat murah dan ada juga yang mengenakan yuran yang sangat tinggi. Demi ilmu aku sanggup berhabisan untuk itu.


Kadang-kadang apabila bercerita kepada teman-teman dengan niat untuk berkongsi ada yang memberi reaksi positif dan ramai juga yang memberi reaksi negatif. Yang negatif sudah pasti lebih ramai daripada yang positif. Perkara seumpama ini memang merupakan resmi alam. Perkara yang negatif memang mudah menarik minat insan yang bernama maknusia berbanding perkara yang positif.


Berita rogol, bunuh, buang bayi, sumbang mahram dan seumpamanya begitu mudah menarik minat masyarakat dan semudah itu juga dihazamkan dalam pemikiran mereka. Sebenarnya semua persoalan negatif menjadi barah yang meracuni pemikiran bawah sedar kita sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Sekiranya minda bawah sedar didedahkan dengan berita dan perkhabaran negatif seumpama ini dan akhirnya yang negatif akan terpahat dengan kukuh di dalam minda bawah sedar.


Akhirnya sedikit sebanyak akan mempengaruhi sudut pandang dan mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat dalam kehidupan seharian kita. Sikap tidak yakin, gagal mencuba sebelum mencuba, tidak yakin, rasa rendah diri dan sering menyalahkan orang lain serta suka kepada cerita gossip adalah menifestasi daripada perkara-perkara yang negatif yang masuk ke dalam minda bawah sedar.


Masalahnya minda sedar boleh dikontrol. Minda bawah sedar tidak boleh dikontrol dan mengambil masa yang lama untuk mengubah tabiat yang sudah menjadi sikap dan pegangan hidup. Minda kelas satu, minda juara dan minda global sukar dicapai sekiranya saban hari minda kita di programkan dengan perkara-perkara yang positif.


Anda perhatikan kepada mereka yang mencapai kejayaan luarbiasa dalam hidup semuanya mempunyai sikap yang hampir serupa iaitu berlapang dada, menerima setiap sesuatu yang terjadi mempunyai hikmat yang tersirat, melihat sesuatu yang orang lain tak nampak, yakin diri, kerja amal, bersedekah dan banyak lagi sikap yang baik. Kesimpulanya terkandung dalam satu frasa iaitu Positif thinking.


Kebanyakan buku dan seminar yang aku hadiri mempunyai kesimpulan dan formula yang sama untuk mencapai kejayaan luar biasa dalam hidup iaitu Thingking, Feeling and Action. Apabila ketiga-tiga langkah telah dilakukan akhirnya kita akan mendapat hasiln atau pun result yang baik. Hasil yang baik mesti bermula dengan fikiran yang baik. Hasil yang tidak baik bermula dengan fikiran yag tidak baik.


Fikran terletak di dalam minda. Kalau betul diprogramkan pemikiran akan menghasilkan result yang baik. Anda cuba bayangkan apabila saban hari minda kita disogokkan dengan perkara-perkara yang negatif maka apakah hasil atau result yang bakal anda perolehi?


Orang lain sibuk mencipta kejayaan demi kejayaan tetapi kita terus hanyut di pulau alasan. Bangsa lain gah mencipta kejayaan raksaksa dalam pelbagai bidang sebalinya bangsa kita masih bercakaran dalam soal-soal dalam kain sendiri dan kain orang lain. Sebenarnya bukanlah susah untuk menukar segalanya menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.


Apa yang penting kita perlu menukar mind set iaitu pemikiran. Apabila pemikiran sudah betul dan sentiasa disemai dengan pemikiran positif langkah seterusnya ialah kita perlu merasai setiap rasa yang telah wujud dalam pemikiran. Cium dan hayati rasa itu agar menyelinap semua rasa itu ke seluruh sistem badan dan berdenyut ke dalam seluruh urat nadi.


Bayangan-bayangan kejayaan perlu terus dimainkan dalam minda. Seterusnya barulah anda memulakan tindakan untuk menggapai apa yang anda cita-citakan. Kadang-kadang dengan hanya gambaran keinginan untuk berjaya sudah dapat memberi ilham dalam rasa. Rasa akan membuka cara bagaimana sesuatu matlamat itu boleh tercapai. Tuhan akan memberi hambanya idea atau jalan tentang bagaimana impian hambanya itu boleh dicapai.


Sebenarnya bukti keajaiban minda membuka jalan untuk menjadi kaya-raya dan berjaya dalam hidup sudah acap kali aku dengar dalam seminar atau buku-buku yang aku baca. Umpamanya dalam seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan kendalian Doktor Azizan Osman aku bertemu sendiri dengan bukti hidup secara bersemuka mereka yang berjaya mencapai kejayaan yang tidak disangka-sangka setelah mengubah minda miskin kepada minda kaya.


Sebenarnya apa yang perlu ditukar tidaklah banyak. Sekiranya pemikiran negatif ditukar kepada pemikiran positif maka kita akan dapat menjana hasil yang positif juga. Sekali lagi perubahan kecil membawa makna yang besar.....Wallah hu alam.....

Tart Nenas AzliFood

Gambar 1
Gambar 2


Gambar 3

Perubahan kecil membawa makna besar 4


Menjelang musim perayaan yang bakal menjelma kuih dan biskut raya mula mendapat perhatian pembeli. Ada pelbagai kuih dan biskut yang dijual di pasaran. Kepelbagaian warna, rasa dan bentuk menjadikan setiap satunya mempunyai penggemar masing-masing.


Antara biskut raya yang menarik minat aku ialah Tart Nenas. Saban tahun tart nenas pasti akan menjadi menu wajib yang mesti aku dibeli. Oleh kerana kuih tersebut tidak boleh di rasa disebabkan bulan Ramadan dan juga disebabkan bekasnya yang di lekatkan dengan pita pelekat yang sangat rapi maka pembeliannya hanya berdasarkan penilaian gerak rasa, keadaan pembukusan dan warna serta bentuk yang menarik.

Disinilah pembungkusan, hiasan bekas dan persembahan bekas tart nenas memainkan peranan yang sangat penting. Umpamanya kalau anda diberi pilihan untuk memilih tart nenas di atas, agak-agaknya tart nenas mana yang menarik minat pembaca blog utuk membelinya. Gambar satu,gambar dua atau gambar tiga.

Rasanya sudah pasti anda semua tertarik dengan tart nenas dalam gambar dua dan gambar tiga. Untuk makluman pembaca blog tart nenas di dalam gambar kedua dan ketiga dikeluarkan oleh syarikat Azlifood. Syarikat ini diusahakan oleh seorang usahawan muda yang hanya menumpukan perniagaannya terhadap industri penjualan kuih tradisional. Setiap produknya dihasilkan daripada dapurnya sendiri yang beroperasi bangunan rumah kedai.


Dia merupakan seorang usahawan muda yang sedang meningkat naik. Setiap tahun ada sahaja idea kreatifnya bagi memberi nilai tambah kepada produk kuih dan biskut tradisional yang dipasarkan oleh syarikatnya. Apa yang membanggakan dia adalah rakan sekampung aku dan perniagaannya juga bertapak di kampung aku.

Sebelum ini beliau telah memberi sentuhan kreatif kepada kuih bakar. Kalau dahulu kuih bakarnya hanya dijual di dalam bekas plastik lut sinar. Tetapi kini kuih bakar syarikatnya telah diletakkan di dalam sebuah kotak yang mempunyai dekorasi yang sangat cantik. Ternyata idea ini berjaya menjadikan kuih bakarnya begitu eksklusif, unik dan lain dari yang lain. Permintaan kuih bakar terus melonjak sama ada pada musim perayaan atau di luar musim perayaan.

Kini dia memberikan sentuhan kreatif dan nilai tambah kepada tart nenasnya. sebelum ini tart nenasnya dijual dalam bekas plastik lut sinat tanpa label yang cantik. Kemudian tart nenasnya di upgradekan dengan label gambar yang hidup dan cantik (gambar 2) .


Seterunya evolusi tart nenasnya terus berkembang apabila tart nenas dalam bekas plastik lut sinar berlabel dan bergambar cantik diletakkan di dalam kotak bertangkai yang cantik (gambar 3). Perubahan dan sentuhan kreatif ini telah melonjakkan volum jualannya berbanding tahun sebelumnya.

Sekali lagi perubahan kecil telah membawa makna yang sangat besar dan aku amat-amat yakin pada masa akan datang Azli Food akan dapat memasarkan tart nenas bukan sahaja di musim perayaan tetapi juga diluar musim perayaan sperti mana dia berjaya memasarkan kuih bakarnya sebelum ini.

Dengan kotak bertangkai yang amat cantik serta dihiasi gambar tart nenas yang segar dan hidup pasti setiap bakal pembeli akan jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap tart nenas keluaran Azli Food. Tart nenas ini boleh dijadikan ole-ole buah tangan dan hantaran kenduri kahwin seperti yang berlaku sebelum ini kepada kuih bakar dan kuih bahulu keluaran oleh syarikatnya.


Aku juga sedang berkira-kira untuk memasarkan produk AzliFood ini melalui internet. Tunggu kehadirannya.... Selain itu juga aku hendak memberikan kredit kepada produk-produk keluaran syarikat AzliFood. Disamping mempunyai pembukusan yang cantik semua produk AzliFood sangat enak rasanya. Sebelum raya sahaja sudah 2 kotak Tart Nenas Azlifood selesai di tangan kami sekeluarga...... Kalau anda Nak rasa tunggu kehadirannya di persada Internet.....

Rabu, 1 September 2010

Bukang kelah bawoh Setarang


Perubahan kecil membawa makna besar 3

Ada palbagai cara digunakan oleh orang atasan atau bos apabila hendak mengarahkan atau menyuruh orang bawahan melakukan sesuatu pekerjaan. Ada bos yang memberi memo. Ada yang menyampaikan arahan dalam nada yang keras. Ada yang menyampaikannya dalam bentuk paksaan dan tak kurang juga menyampaikannya dalam bentuk yang sangat berhikmah. Yang paling aku marah apabila di sampaikan dalam bentuk ugutan.

Inilah antara pengalaman yang aku alami dengan seorang ketua bidang di sekolah lama aku. Pada masa itu aku baru posting ke sebuah sekolah menengah dalam sebuah banda di Perak. Memang sudah menjadi lumrah selepas mengadakan ujian lisan Bahasa Melayu untuk tingkatan 3, cikgu kelas masing-masing akan memasukkan markah tersebut ke dalam sijil.

Aku sebenarnya tidak berkira dalam soal mengisi markah tersebut. Kalau diminta untuk mengisi bagi ke semua kelas pun tiada masalah rasanya kalau kena caranya. Sebelum itupun aku tidak pernah berkira menjalankan ujian lisan untuk hampir 200 pelajar secara one man show.

Hari pertama memang ada empat orang pemeriksa. Hari kedua sehingga hari keempat aku sorang-sorang mengendalikannya. Bermula pada waktu persekolahan 7.30 pagi hingga balik pukul 1.10 tengah hari aku tidak bergerak-gerak dari bangku pemeriksa demi menghabiskan ujian tersebut.

Selepas itu aku diminta pula untuk mengisi keseluruhan markah tersebut ke dalam sijil. Sebenarnya aku tak kisah sangat, aku boleh buat kerana aku mengambil sikap selagi aku boleh buat aku akan buat kerja tersebut dan dalam pemikiran aku hari ini aku bertolak ansur dengan orang, pada masa depan mugkin orang boleh bertolak ansur dengan aku.

Tetapi ternyata anggapan aku itu meleset apabila seorang ketua bidang mengugut aku dengan ayat yang sangat aku rasa terhina dan mencalar emosi aku. Ayatnya berbunyi begini "Cikgu kena masuk semua markah ni, cikgu ni cikgu baru cikgu, cikgu kena buat benda ni, kalau tidak cikgu tak confirm".

Seluruh badan aku rasa menggeletar menahan kemaharahan yang teramat sangat. Seolah-olah aku ni bodoh sangat, seolah-olah aku ni bangang dan seolah-olah begitu mudah kepala aku boleh dipijak.... piiiraahhhhhh..... Secara spontan aku balas "Cikgu ambil balik sijil ni cikgu isi sendiri, saya tak mau buat.... tak confirm pun tak pa" aku terus belah meninggalkan ketua bidaang tersebut terpinga-pinga.

Kerana pada sangkaannya dengan bercakap begitu mungkin aku akan berasa takut dan patuh dengan arahannya. Minta maaf. aku tidaklah sebodoh itu dan dalam bahasa kasarnya tidaklah sebarua itu.

Pada aku tiada salahnya kalau cakap elok-elok. Aku akan tolong. Tetapi apabila dia mengugut menyebabkan aku benar-benar rasa tecabar. Aku nekad apa nak jadi-jadilah. Macam aku ni bodoh sangat. Bukan dia yang menetukan confirmation aku.

Sebaliknya bekas bos aku seorang penyelia petang ni amat kontras dengan ketua bidang tadi. Apabila hendak mengarahkan cikgu dibawahnya melakukan sesuatu pekerjaan dia akan datang bersemuka dan memulakan arahannya dengan ayat "Cikgu minta tolong sikit, nak minta tolong cikgu isikan data murid".

Selalunya arahan dalam bentuk pertolongan ini jarang ditolak oleh cikgu-cikgu dibawahnya. Hati pun sedingin salju rasanya apabila orang atas bercakap seperti itu kepada kita. Berbeza dengan arahan dalam bentuk ugutan. Inilah yang aku katakan perubahan kecil membawa makna yang sangat besar...

Perubahan kecil membawa makna besar 2: Padlock


Menjelang hari raya yang bakal tiba ramai perantau sudah berkira-kira untuk pulang ke kampung. Kemeriahan raya suadah terbayang di ruang mata. Orang-orang tersayang, juadah buatan tangan ibu dan suasana riuh rendah akan sentiasa bermain di minda.


Namun aspek keselamatan rumah perlu diutamakan. Dalam sibuk kita meraikan hari lebaran ada pula segelintir manusia bermaharajalela dan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah pecah rumah. Sebenarnya kebanyakan jenayah pecah rumah berpunca daripada sikap tuan rumah yang tidak menutup sepenuhnya ruang dan peluang serta benteng pertama pertahanan kita kepada tukang pecah rumah.


Umpamnaya ramai daripada kita tidak sedar atau tidak tahu atau tidak mengambil berat tentang jenis padlock yang digunakan. Umpamanya penggunaan padlock di atas sangat menbantu tukang pecah rumah untuk memecah rumah anda tidak sampai dalam masa 30 saat. Padlock seperti gambar di atas meninggalkan ruang yang besar antara padlock dan telinga ensel apabila di kunci.



Tukang pecah rumah yang profesional hanya perlu memasukkan muncung skrewdirver ke dalam ruang padlock tersebut dan memusingkan skrewdriver tersebut sehingga mampu mematahkan telinga ensel dalam masa yang sangat singkat. Inilah apa yang diberitahu oleh pakar analisis jenayah Kamal afendi dalam rancangan dialog di tv1 tadi.

Dengan hanya melakukan sedikit perubahan terhadap jenis padlock yang digunakan anda dapat mengurangkan risiko rumah anda di pecah masuk sehingga 70%. Penggunaan padlock yang betul ialah menggunakan padlock berseluar panjang seperti gambar di atas atau padlock yang tidak meninggalkan apa-apa ruang di antara ensel dan telinga ensel seperti gambara di bawah. Ini akan menyebabakan tukang pecah rumah tidak dapat memasukkan sebarang objek keras seperti skrewdriver untuk mematahkan telinga ensel. Sekali lagi perubahan kecil membawa makna yang besar.....Hanya dengan penggunaan padlock yang tidak memberi ruang anda dapat menyelamatkan harta benda anda yang sangat bernilai atau personal item yang sangat anda sayang...

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...